Premier Consulting Sdn. Bhd.

Premier Consulting Sdn. Bhd. Our expertise are in: Economics, Market and Marketing Research Services . Business Strategic Planning and Advisory Services . Training and Coaching Servic

Management and Organizational Development Services . SME and Entrepreneurship Development Services . Premier Consulting Sdn. Bhd., a full-service research, consulting and training organization, is dedicated to the provision of pragmatic and purposeful services to clients. The company, founded by Dr. Mohd Noor Mamat who had over 30 years experience in research is supported by a team of experienced

staff that have been involved in various economics and marketing researches for the public and private sectors.

ELEVATE YOUR WORKFORCE WITH PREMIER CONSULTING---Since 2011, Premier Consulting has been a trusted training provider del...
24/04/2026

ELEVATE YOUR WORKFORCE WITH PREMIER CONSULTING
---
Since 2011, Premier Consulting has been a trusted training provider delivering high-impact programmes across Malaysia.

We specialise in both soft skills and technical skills, empowering professionals from the public sector, private companies, manufacturing industries, and GLCs to achieve outstanding performance.

Our experienced trainers and practical learning approach ensure every session is engaging, relevant, and results-driven.

For more information, visit our website : www.premierconsulting.com.my

For enquiries, please contact :
Mr. Samsul Anuar Hussin
📞 +6013.361 4209

📧 [email protected]

Premier Consulting – Your Partner in Professional Excellence !

"Kursus Team Building (Super Team) Siri 2" 🤩💪---Tarikh : 10hb - 11hb September 2022Tempoh : 2 Hari 1 MalamOrganisasi : A...
03/11/2022

"Kursus Team Building (Super Team) Siri 2" 🤩💪
---
Tarikh : 10hb - 11hb September 2022
Tempoh : 2 Hari 1 Malam
Organisasi : AAH Nippon Sdn. Bhd. & Edaran Komachi Sdn. Bhd.
Tempat : Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor
Alhamdulillah syukur kehadratNya. Kursus Siri kedua ini juga dikendalikan oleh Encik Hamirudin bin Hamidi. Seramai 27 orang peserta telah menyertai kursus ini yang mana dua (2) orang daripadanya berasal dari negara Bangladesh.
Objektif kursus ini adalah untuk :
1. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pihak pengurusan dan pekerja.
2. Mewujudkan persefahaman di antara setiap bahagian (department).
3. Memupuk sikap kerjasama di antara setiap bahagian (department).
4. Memberi kesedaran kepada setiap pekerja tentang betapa pentingnya sikap toleransi di antara satu sama lain.
Walaupun tempoh kursus ini sangat singkat namun, bermacam-macam aktiviti dalaman dan luaran telah berjaya dilaksanakan. Antaranya ialah :
1. Pembinaan Nama dan Slogan Kumpulan
2. Maze Game
3. Sambut Telur
4. Gunting dan Kertas
5. Pembinaan Roller Coaster Mega
6. Pen Bertali
7. The Bridge
8. Telur Golek
9. Hantar Tepung
10. Pesanan Ke Udara
Selain itu, terdapat beberapa aktiviti 'Telematch' telah diadakan pada sesi petang yang dikendalikan oleh pihak pengurusan resort. Semua aktiviti yang dilaksanakan ini adalah untuk membentuk semangat berpasukan yang tinggi di kalangan para peserta kursus juga mengurangkan jurang silaturrahim antara satu sama lain.
Kursus ini diakhiri dengan ucapan perasmian penutup daripada Encik Ajwad Abu Hassan selaku Pengarah Kumpulan Edaran Komachi Sdn. Bhd. dan seterusnya penyampaian hadiah juga penyerahan sijil penyertaan kepada semua peserta kursus. SYABAS diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini! ☺️👍

"Failure Mode & Effect Analysis (FMEA) Course" 🤩💪---Tarikh : 6hb - 7hb September 2022Tempoh : 2 HariOrganisasi : Ortuste...
02/11/2022

"Failure Mode & Effect Analysis (FMEA) Course" 🤩💪
---
Tarikh : 6hb - 7hb September 2022
Tempoh : 2 Hari
Organisasi : Ortustech (M) Sdn. Bhd.
Tempat : Bilik Latihan OMSB, Klang , Selangor
Alhamdulillah .. kursus yang dikendalikan oleh Encik Nagarajan Sithamparam bersama-sama dengan kakitangan OMSB selama dua (2) hari ini telah berjalan dengan lancar.
Kursus ini telah dihadiri seramai 12 orang peserta kursus dan telah mencapai ketiga-tiga objektif kursus yang telah ditetapkan. Kursus teknikal ini sangat membantu para peserta kursus mengaplikasikan kegunaannya dalam bidang kerja masing-masing.
Syabas kepada semua yang terlibat yang telah menjayakan kursus ini dengan jayanya. Terima kasih OMSB! 😍

"Kursus Team Building (Super Team) Siri 1" 🤩💪---Tarikh : 3hb - 4hb September 2022Tempoh : 2 Hari 1 MalamOrganisasi : AAH...
18/10/2022

"Kursus Team Building (Super Team) Siri 1" 🤩💪
---
Tarikh : 3hb - 4hb September 2022
Tempoh : 2 Hari 1 Malam
Organisasi : AAH Nippon Sdn. Bhd. & Edaran Komachi Sdn. Bhd.
Tempat : Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor
Alhamdulillah syukur kehadratNya. Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah yang telah dilantik iaitu Encik Hamirudin bin Hamidi. Seramai 26 orang peserta telah menyertai kursus ini yang mana dua (2) orang daripadanya berasal dari negara Bangladesh.
Objektif kursus ini adalah untuk :

1. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pihak pengurusan dan pekerja.
2. Mewujudkan persefahaman di antara setiap bahagian (department).
3. Memupuk sikap kerjasama di antara setiap bahagian (department).
4. Memberi kesedaran kepada setiap pekerja tentang betapa pentingnya sikap toleransi di antara satu sama lain.
Walaupun tempoh kursus ini sangat singkat namun, bermacam-macam aktiviti dalaman dan luaran telah berjaya dilaksanakan. Antaranya ialah :

1. Pembinaan Nama dan Slogan Kumpulan
2. Maze Game
3. Sambut Telur
4. Gunting dan Kertas
5. Pembinaan Roller Coaster Mega
6. Pen Bertali
7. The Bridge
8. Telur Golek
9. Hantar Tepung
10. Pesanan Ke Udara
Selain itu, terdapat beberapa aktiviti 'Telematch' telah diadakan pada sesi petang yang dikendalikan oleh pihak pengurusan resort. Semua aktiviti yang dilaksanakan ini adalah untuk membentuk semangat berpasukan yang tinggi di kalangan para peserta kursus juga mengurangkan jurang silaturrahim antara satu sama lain.
Kursus ini diakhiri dengan ucapan perasmian penutup daripada Encik Akmal Abu Hassan selaku Pengarah Kumpulan Nippon Sdn. Bhd. dan seterusnya penyampaian hadiah juga penyerahan sijil penyertaan kepada semua peserta kursus. SYABAS diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini! ☺️👍

"Kursus Love Your Career" (V2)😍---Tarikh : 19hb - 21hb Ogos 2022Tempoh : 3 Hari 2 MalamOrganisasi : KUPTM KLTempat : Hot...
18/10/2022

"Kursus Love Your Career" (V2)😍
---
Tarikh : 19hb - 21hb Ogos 2022
Tempoh : 3 Hari 2 Malam
Organisasi : KUPTM KL
Tempat : Hotel Imperial Heritage, Melaka
Alhamdulillah, syukur kehadratNya. Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, KUPTM KL telah berjaya menganjurkan kursus ini selama tiga (3) hari dua (2) malam bagi kakitangan sokongan KUPTM KL. Seramai 25 orang peserta telah menyertai kursus ini.
Modul-modul yang telah disampaikan oleh penceramah yang dilantik iaitu :

1. Pengenalan Kursus
2. Pemikiran Hebat
3. Komunikasi dan Kesantunan
4. Urus Stres, Cipta Sukses
5. Cipta Keseronokan Bekerja
6. Profesionalisme Kerjaya
7. Bina Tabiat Orang Berjaya
8. Beban Itu Kejayaan
9. Peribadi dan Akhlak
Kursus yang diterajui oleh Dr Mohd Khair Md Som ini berkonsepkan 'Fun Learning' disertai dengan beberapa aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), permainan interaktif, Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK) dan juga main peranan.
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga objektif kursus ini telah dapat dicapai. Semoga kursus yang direkabentuk ini dapat mempertingkatkan lagi usaha transformasi diri kepada peserta kursus untuk lebih berjaya dan memberi impak positif terhadap KERJAYA mereka! ☺️😘

"Kursus Love Your Career" (V1) 🤩---Tarikh : 22hb - 23hb Julai 2022Tempoh : 2 HariOrganisasi : KPTM BangiTempat : Hotel I...
18/10/2022

"Kursus Love Your Career" (V1) 🤩
---
Tarikh : 22hb - 23hb Julai 2022
Tempoh : 2 Hari
Organisasi : KPTM Bangi
Tempat : Hotel Ibis, Melaka
Alhamdulillah, kursus dua (2) hari bersama para pensyarah KPTM Bangi telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Rata-rata peserta kursus berasa sangat berpuas hati dengan penyampaian modul yang disampaikan oleh Dr Mohd Khair Md Som berdasarkan borang penilaian yang telah diisi oleh para peserta dengan skor purata sebanyak 4.7 😍
Terdapat enam (6) modul yang diketengahkan dalam kursus ini iaitu :

Modul 1 - Pengenalan Kursus
Modul 2 - Pemikiran Hebat
Modul 3 - Komunikasi dan Kesantunan
Modul 4 - Urus Stres, Cipta Sukses
Modul 5 - Cipta Keseronokan Bekerja
Modul 6 - Profesionalisme Kerjaya
Setelah tamat kursus ini, para peserta mampu untuk :

1. Memahami peranan dan tanggungjawab hakiki dan sosial.
2. Mewujudkan rangkaian komunikasi bersantun berteraskan hubungan insan.
3. Membina profesionalisme kerjaya yang barakah.
Semoga terus sukses kami ucapkan kepada semua pensyarah KPTM Bangi dan terus kekal relevan mendidik anak bangsa hingga ke taraf global! ☺️

"Sample Measurement System Analysis (MSA) Course" 🤩---Tarikh : 6hb - 7hb Julai 2022Tempoh : 2 HariOrganisasi : Ortustech...
18/10/2022

"Sample Measurement System Analysis (MSA) Course" 🤩
---
Tarikh : 6hb - 7hb Julai 2022
Tempoh : 2 Hari
Organisasi : Ortustech (M) Sdn. Bhd. (OMSB)
Tempat : Bilik Latihan OMSB, Klang, Selangor
Alhamdulillah, syukur kehadratNya. Human Resource Department, OMSB yang diurus oleh Puan Nur Farahanim binti Zulkifli telah memberi peluang buat pertama kalinya kepada PREMIER Consulting Sdn. Bhd. (PREMIER) bagi menjayakan kursus ini selama dua (2) hari.
Kursus ini telah dilaksanakan dengan penuh semangat dan dedikasi oleh Encik Nagarajan Sithamparam. Dimulakan dengan senaman pemanas badan dan diikuti dengan 10 Modul telah disampaikan sepanjang kursus ini berlangsung diikuti dengan beberapa permainan juga aktiviti simulasi yang bersesuaian.
Komitmen para peserta dari segi ketepatan waktu dan penglibatan tiap peserta dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh penceramah sangat memberansangkan. Namun, terdapat beberapa orang peserta yang terpaksa meninggalkan kursus lebih awal atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Syabas buat para peserta dan diucapkan, "Selamat Maju Jaya!" ☺️

"Kursus Kesantunan Berkomunikasi dalam Bekerja" 🥳---Tarikh : 30hb Jun - 1hb Julai 2022Tempoh : 2 HariOrganisasi : UPSITe...
18/10/2022

"Kursus Kesantunan Berkomunikasi dalam Bekerja" 🥳
---
Tarikh : 30hb Jun - 1hb Julai 2022
Tempoh : 2 Hari
Organisasi : UPSI
Tempat : Bilik Seminar Aminuddin Baki, Blok 9, KSAS UPSI, Perak
Alhamdulillah syukur, program sepanjang 2 hari yang telah dirancang bersama Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, UPSI telah berjalan lancar. Para peserta memberi komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini berlangsung.
Antara objektif yang ingin dicapai dalam kursus ini iaitu :

1. Memahami takrif komunikasi dan kesantunan dengan tepat.
2. Mengenalpasti dan mengamalkan tiga (3) jenis kesantunan dalam bekerja.
3. Menerap nilai murni dalam tiga (3) aspek kesantunan.
4. Mengaplikasi gaya komunikasi perseorangan yang berkesan.
5. Memperbaiki amalan komunikasi dan kesantunan sedia ada.
Semoga curahan ilmu yang dikongsi bersama oleh penceramah Dr Mohd Khair Md Som dapat memberi input yang sangat bermakna buat semua peserta kursus. Semoga maju jaya di dalam apa jua bidang yang diceburi! ☺️

Alhamdulillah ☺️🤲🏻Alhamdulillah ☺️🤲🏻Alhamdulillah ☺️🤲🏻Syukur kehadratNya telah selesai "Program Pemantapan Sahsiah Diri ...
01/08/2022

Alhamdulillah ☺️🤲🏻
Alhamdulillah ☺️🤲🏻
Alhamdulillah ☺️🤲🏻
Syukur kehadratNya telah selesai "Program Pemantapan Sahsiah Diri Tenaga Pengajar & Pelajar" bagi warga Maahad Tahfiz Darul Azhar Wal Hikmah (MDAWH). Program ini berlangsung selama 1 hari dikhuhuskan untuk curahan ilmu kepada tenaga pengajar dan 1 hari untuk perkongsian ilmu & sesi motivasi kepada para pelajar.
Program ini berlangsung di Masjid Maahad Tahfiz sepanjang 2 hari. Para tenaga pengajar dan pelajar telah memberikan sokongan dan semangat ingin menimba ilmu bersama-sama penceramah yang dilantik iaitu PLF dr Ab Rahman Ibrahim. Program ini dijalankan secara interaktif melalui aktiviti-aktiviti "Fun Learning" dan sesi perkongsian ilmu.
Semoga pengalaman yang dilalui sekurang-kurangnya memberi penambahbaikan kepada setiap peserta dan memberi insipirasi kepada pencapaian yang lebih hebat kepada diri dan kerjaya. Tahniah kepada semua peserta program yang terlibat!



Alhamdulillah ☺️🤲🏻Alhamdulillah ☺️🤲🏻Alhamdulillah ☺️🤲🏻Syukur kehadratNya telah selesai "Kursus Perancangan Strategik" ba...
01/08/2022

Alhamdulillah ☺️🤲🏻
Alhamdulillah ☺️🤲🏻
Alhamdulillah ☺️🤲🏻
Syukur kehadratNya telah selesai "Kursus Perancangan Strategik" bagi warga kerja KUPTM KL Gred 44 hingga 48. Kursus ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Bilik Comprador 2 & 3, Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson.
Kursus yang dilaksanakan ini adalah persediaan awal kepada pihak KUPTM KL dalam menuju naik taraf daripada Kolej Universiti kepada Universiti Poly-Tech MARA (UPTM) yang akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Novermber 2022.
Antara kriteria utama naik taraf IPTS bertaraf Kolej Universiti kepada Universiti Swasta adalah mempunyai pernyataan objektif, visi, misi dan wawasan serta rasional penubuhan yang jelas dan komprehensif menggambarkan kekuatan atau “niche” Kolej Universiti.
Penglibatan semua peserta kursus sangat memuaskan dari segi ketepatan masa dan penglibatan dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh penceramah yang dilantik.
Semoga semua ilmu yang dikongsikan oleh penceramah kepada peserta dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam bidang kerjaya masing-masing. Penyampaian sijil penyertaan disampaikan oleh Encik Kassim bin Osman selaku Pendaftar KUPTM KL.
Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat! 😍


Address

S1-3A-6, VISTA Alam, , Jalan Ikhtisas, Sekyen 14
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Premier Consulting Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Premier Consulting Sdn. Bhd.:

Share