09/09/2021
💥Cara Penyediaan Dim Sum Cik ton💥
Kastemer selalu bertanya bagaimana cara penyediaan Dim Sum cik ton?
Ambil masa lama tak?
Rumit tak?
Bagi supermom yang superbusy bekerja tu Dim Sum Cik Ton adalah pilihan yang tepat untuk anda. Kenapa?
Sebabnya adalah cara penyediaan Dim Sum Cik Ton ni tersangatlah simple dan amat mudah.
Tidak memerlukan penggunaan bahan dan peralatan memasak yang banyak pun.
Bagi min, inilah cara masak yang paling senang dan tak perlu penjagaan yang rapi pun. Hanya kukus saja, tak perlu guna minyak pun.
Alah mesti uolss akan cakap megi segera tu pun senang masak jugak kan.
Helo chuolss, megi segera tu memanglah lagi mudah, senang masak tapi tidak baik untuk kesihatan tau.
Berbeza dengan Dim Sum Cik Ton dah lah senang untuk sediakan, sangat menyihatkan p**a tu.
Okay rasanya dah panjang macam gerabak keretapi min terangkan mukadimah entry kali ni 😛 haha.
Cara-cara sediakan Dim Sum Cik Ton :
1) Keluarkan dim sum dari peti. Kalau rajin, defrost dulu. Kalau tak, boleh kukus dalam keadaan beku je. Sementara tu masukkan air kedalam periuk pengukus dan didihkan. Boleh guna pengukus elektrik atau pengukus dapur gas.
Keluarkan Dim Sum daripada packaging
2) Seterusnya letak Dim Sum Cik Ton ke dalam pengukus dan tutup pengukus.
Dim sum beku perlu dikukus sedikit lama dalam masa 30 -40 minit.
Kalau yang dah defrost kukus sekejap sahaja dalam 5-10 minit.
**Sebenarnya tak perlukan bamboo steamer pun untuk kukus dim sum. Gunakan pengukus biasa kat rumah pun boleh.
3) Okey dah siap kukus, keluarkan dim sum dari pengukus. Sedia untuk dihidang dan dimakan. Nak lagi sedap makan bersama sos Chili Thai yang telah dibekalkan 😀
Dim Sum Cik Ton siap dihidang bersama sos chili thai
Cukup senang dan simple sahaja cara sediakan Dim Sum Cik Ton kan 😉