JPKK BATU 3

JPKK BATU 3 Saiful Azuan Deraman

πŸ“’ MAKLUMAN AKTIVITI CUTI SEKOLAH πŸ“’Pusat Tuisyen Smart & Fun dengan kerjasama JPKK Batu Tiga (JPKKBT3) dengan sukacitanya...
05/01/2026

πŸ“’ MAKLUMAN AKTIVITI CUTI SEKOLAH πŸ“’

Pusat Tuisyen Smart & Fun dengan kerjasama JPKK Batu Tiga (JPKKBT3) dengan sukacitanya menganjurkan Aktiviti Cuti Sekolah khas untuk anak-anak sepanjang cuti persekolahan.

πŸ“ Tempat:
Pusat Tuisyen Smart & Fun,
Seksyen 22, Shah Alam

πŸ—“οΈ Senarai Aktiviti & Jadual:

🎬 Tayangan β€œPower Rangers The Movie” (PERCUMA)
πŸ“… Tarikh: 1 Januari 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 2.00 petang – 4.00 petang

πŸ‘¨β€πŸ³ Master Chef Junior (PERCUMA)
πŸ“… Tarikh: 3 Januari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 2.00 petang – 4.00 petang

πŸ¦– Dino Explorer (PERCUMA)
πŸ“… Tarikh: 5 Januari 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

πŸ“š Study Corner
βœ… WiFi Percuma
βœ… Printer Disediakan
πŸ“… Tarikh: 1 – 9 Januari 2026
⏰ Masa: 2.00 petang – 6.00 petang

πŸ“ Pendaftaran:
Penyertaan boleh didaftar melalui Google Form di pautan berikut:
πŸ‘‰ https://forms.gle/nu2xqhgCwCB4w5VQ7
atau hadir secara walk-in ke Pusat Tuisyen Smart & Fun.

πŸ“Œ Penyertaan adalah TERBUKA dan PERCUMA.
Jangan lepaskan peluang untuk anak-anak mengisi masa cuti dengan aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah!

β€”
Pusat Tuisyen Smart & Fun
Dengan Kerjasama JPKK Batu Tiga

Alhamdulillah, malam ini Pengerusi JPKKBT3, Encik Saiful Azuan bin Deraman bersama Ahli Jawatankuasa telah meluangkan ma...
04/01/2026

Alhamdulillah, malam ini Pengerusi JPKKBT3, Encik Saiful Azuan bin Deraman bersama Ahli Jawatankuasa telah meluangkan masa bersama barisan guru Pusat Tuisyen Smart And Fun JPKKBT3.

Pertemuan ini membuka ruang untuk saling berkenalan serta mengenali barisan pendidik yang hebat, berwibawa dan berpengalaman. Insya-Allah, komitmen serta kepakaran para guru ini akan membantu para pelajar PTSF melakar masa hadapan yang lebih cemerlang 🌟

πŸ“š Kelas PTSF bermula: 5 Januari 2026
πŸ§‘β€πŸŽ“ Pengambilan pelajar: Dibuka setiap bulan
πŸ“ž Maklumat & Pendaftaran: Cikgu Fahmi
πŸ“± 017-929 4088

JPKKBT3 mengucapkan selamat berkhidmat kepada seluruh barisan guru. Tahniah kerana terpilih menjadi sebahagian daripada warga pendidik PTSF. πŸ‘βœ¨

04/01/2026

Program Master Chef Junior Pusat Tuisyen Smart & Fun JPKKBT3 telah berlangsung dan selesai dengan jayanya πŸŽ‰πŸ‘©β€πŸ³πŸ‘¨β€πŸ³

Anak-anak sangat seronok dan teruja dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyeronokkan serta berfaedah 🧁✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tok Ketua Kampung merangkap Pengerusi JPKKBT3, Encik Saiful Azuan, atas semangat dan sokongan padu yang sentiasa menginginkan yang terbaik untuk masyarakat setempat, khususnya di Batu Tiga πŸ€πŸ’™

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang 🌈😊

Alhamdulillah, syukur Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Smart & Fun hari ini berlangsung dengan sangat lancar dan meriah.Se...
11/12/2025

Alhamdulillah, syukur Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Smart & Fun hari ini berlangsung dengan sangat lancar dan meriah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Danial Al Rashid DUN Batu Tiga dan Tok Penghulu Hidayat kerana sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis. Kehadiran tuan berdua benar-benar memberi suntikan semangat kepada kami semua. πŸ™ŒπŸ’›

Mohon juga doa daripada semua agar Tok Boy Saiful Azuan cepat sembuh daripada kesakitan yang dialami dan dapat kembali berkhidmat untuk masyarakat seperti biasa. 🀲❀️

Address

Batu 3 Shah Alam
Shah Alam
40300

Telephone

+60176627099

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK BATU 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share