Ryna RumahSelangor.my

Call Directions Website Contact the business

Ryna RumahSelangor.my REN62310 Affirm Properties Sdn Bhd Cerita pasal rumah, business, AI dan apa yang aku tengah belajar & bina.

26/09/2026

Are you ready to own double storey house yang modern design monthly anggaran RM2.8k+

Land size 20’ x 70’
Built Up 1,875 sqft
4 Bilik 3 Bilik Air

Berapa kos kemas**an..?
HAMPIR zero kos kemas**an

Really want this house, lets have a tour together 😘

22/09/2026

Saya ada lebih 20 listing rumah baru sekitar Shah Alam & Klang Zero Downpayment FREE SPA & MOT

Pm me kita tengok rumah 😘

Rumah bawah RM500k? Ada satu kos yang buyer pertama masih boleh jimat.Kalau memang dah ada plan nak beli rumah, sekarang...
22/09/2026

Rumah bawah RM500k? Ada satu kos yang buyer pertama masih boleh jimat.

Kalau memang dah ada plan nak beli rumah, sekarang ni ada beberapa benda yang elok kita ambil tahu.

OPR masih 2.75% ✅

Jaminan pembiayaan melalui SJKP ditingkatkan sehingga RM20 bilion ✅

Untuk pembeli rumah pertama p**a, rumah sehingga RM500k masih ada pengecualian duti setem sehingga 31 Disember 2027 ✅

Bila tengok semua ni memang nampak macam banyak benda tengah membantu pembeli rumah pertama.

Tapi aku tak rasa sebab tu kita kena terus rushing beli rumah.

Yang lebih penting, check dulu kita sebenarnya layak berapa, monthly selesa berapa, dan rumah macam mana yang sesuai dengan kehidupan kita.

Kalau memang dah lama ada plan nak beli, jangan tunggu sampai hujung 2027 baru nak mula check.

Mana tahu sebenarnya sekarang pun dah boleh.

Kalau nak, boleh WhatsApp aku untuk semak kelayakan dulu.

Ryna | RumahSelangor.my
Homes Begin Here. Find What Fits Your Life.

21/09/2026

rumah 4 bilik, nak ada 1 bilik di tingkat bawah, dan prefer rumah yang dah siap, yang ni boleh masuk shortlist.

Lokasi sekitar Meru, dengan akses ke kawasan Setia Alam.

🏡 Double Storey Terrace
🛏️ 4 bilik | 🚿 3 bilik air
📐 22’–23’ × 55’
💰 Dari RM558k

Nak tengok details & floor plan, boleh PM me now

Rumah yang aku kongsikan ni ialah Double Storey Terrace House di Puncak Bestari 2, Puncak Alam.🏡 4 bilik tidur, 4 bilik ...
19/09/2026

Rumah yang aku kongsikan ni ialah Double Storey Terrace House di Puncak Bestari 2, Puncak Alam.

🏡 4 bilik tidur, 4 bilik air
🏡 Rumah dah siap, Ready to Move In
🏡 Intermediate & Corner Lot

Untuk Intermediate, harga nett bermula RM608,846 (Bumi) dan RM628,486 (Non-Bumi).

Kalau korang tengah cari rumah di Puncak Alam, boleh tengok dulu layout dan details rumah ni. Mana tahu sesuai dengan apa yang korang cari.

Nak semak kelayakan pembiayaan atau datang tengok rumah pun boleh WhatsApp aku.

👉 wa.rumahselangor.my @ ryna.rumahselangor.my

Bayangkan orang datang rumah kita, lepas tu cakap,“Jauh lah rumah kau.”Tapi husband-wife dua-dua kerja 10 minit dari sit...
18/09/2026

Bayangkan orang datang rumah kita, lepas tu cakap,

“Jauh lah rumah kau.”

Tapi husband-wife dua-dua kerja 10 minit dari situ.

Orang lain tengok rumah tu,

“Kecil je.”

Tapi owner memang sengaja tak nak rumah besar. Tak nak banyak benda nak kemas, tak nak banyak ruang nak maintain.

Atau orang cakap,

“Apartment je?”

Tapi setiap hari dia boleh balik kerja awal, ada security, ada facilities. Hujung minggu pun tak perlu fikir nak potong rumput atau jaga halaman.

Sebenarnya,

kita bukan tengah evaluate rumah tu.
Kita tengah evaluate rumah tu berdasarkan kehidupan kita sendiri.

Sebab bagi kita mungkin jauh.

Bagi dia dekat dengan tempat kerja.

Bagi kita kecil.

Bagi dia cukup.

Bagi kita landed lebih best.

Bagi dia apartment lebih sesuai dengan cara dia nak hidup.

Sebab tu bila orang tanya aku sesuatu property tu bagus atau tak, kena tanya dulu:

“Bagus untuk siapa?”

Location strategic ; untuk siapa?

Monthly RM2,000 okay ; untuk siapa?

Rumah 850 sqft kecil ; untuk siapa?

Rumah jauh ; jauh dari mana, untuk siapa?

Berbaloi ; untuk siapa, dan dia beli untuk apa?

Orang yang bagi pendapat tu bukan orang yang akan bayar installment setiap bulan.

Bukan dia yang akan ulang-alik pergi kerja.

Bukan dia yang akan maintain rumah tu.

Dan bukan dia yang akan hidup dengan trade-off pilihan tersebut.

Rumah yang tak sesuai untuk kehidupan aku, belum tentu tak sesuai untuk kehidupan orang lain.

Aku terbaca satu post ni.Dia tengah plan nak beli second house.Tapi officemate dia yang lebih berusia p**a cakap,“Aku na...
16/09/2026

Aku terbaca satu post ni.

Dia tengah plan nak beli second house.

Tapi officemate dia yang lebih berusia p**a cakap,

“Aku nak jual rumah aku.”

Menarik juga bila fikir.

Seorang tengah fikir nak tambah rumah.
Seorang lagi tengah fikir nak kurangkan rumah.

Tapi mungkin dua-dua buat keputusan yang betul.

Cuma mereka berada pada fasa hidup yang berbeza.

Mula-mula kita beli rumah sebab nak duduk sendiri.

Lepas tu mungkin kita pindah, rumah tu kita sewakan.

Bila anak dah besar, mungkin kita tengok rumah tu sebagai backup untuk pendidikan anak.

Bila kita semakin berusia p**a, mungkin kita dah tak perlukan banyak property untuk diurus.

So kita jual.

Dan bila dijual, sebenarnya aset tu tak semestinya “hilang”.

Ia cuma bertukar bentuk.

Dulu dalam bentuk property.

Sekarang dalam bentuk cash.

Cash tu p**a mungkin kita gunakan untuk retirement, bantu anak-anak, pindahkan ke aset lain, atau apa sahaja yang lebih kita perlukan pada waktu tu.

Sebab tu aku terfikir…

Kita selalu bercakap tentang kumpul aset.

Tambah rumah.
Tambah property.
Tambah investment.

Tapi mungkin ada satu soalan yang lagi penting:

Apa sebenarnya kita nak aset tu buat untuk hidup kita?

Sebab tujuan hidup berubah.

Dan mungkin tujuan kita pegang sesuatu aset pun boleh berubah sekali.

Ryna bantu owner jual rumah
-> RumahSelangor.my

Mula-mula bila tengok tanah tepi corner lot macam ni, terus terfikir macam-macam.Boleh buat garden.Boleh buat tempat ana...
16/09/2026

Mula-mula bila tengok tanah tepi corner lot macam ni, terus terfikir macam-macam.

Boleh buat garden.

Boleh buat tempat anak main.

Boleh buat outdoor dining.

Kalau nak, boleh extend kitchen atau tambah ruang rumah.

Tapi fikir balik, kelebihan corner lot bukan sebab kita boleh penuhkan tanah tu dengan macam-macam benda.

Kelebihan dia sebab kita ada pilihan.

Hari ni mungkin kita s**a biarkan jadi garden.

Bila ada anak kecil, boleh jadi tempat mereka main.

Nanti s**a ajak family datang rumah, mungkin jadi outdoor dining.

Satu hari kalau betul-betul perlukan ruang tambahan, masa tu baru fikir nak extend.

Sebab kehidupan kita pun berubah.

Apa yang kita perlukan daripada rumah hari ni belum tentu sama dengan apa yang kita perlukan 5 atau 10 tahun lagi.

Sebab tu ruang yang kita belum tahu nak buat apa tu bukan wasted space pun.

Itu future option kita.

Dan mungkin itu salah satu value corner lot yang kita tak selalu nampak.

Bukan hanya dapat tanah lebih.

Kita dapat ruang untuk rumah tu berkembang ikut fasa hidup kita.

Ryna | RumahSelangor.my

Ramai sebenarnya bukan tak cukup pilihan,tapi sebab terlalu banyak pilihan pun boleh buat lagi susah nak decide.Sebab bi...
15/09/2026

Ramai sebenarnya bukan tak cukup pilihan,
tapi sebab terlalu banyak pilihan pun boleh buat lagi susah nak decide.

Sebab bila kita sendiri belum jelas apa yang paling penting kita nak,
harga, monthly, lokasi, saiz rumah, jenis rumah, atau tujuan beli.
Semua iklan rumah akan nampak macam “boleh.”

Akhirnya asyik compare…
tapi masih tak tahu nak pilih yang mana.

Jadi sebelum cari lebih banyak rumah,
mungkin lebih penting untuk kita jelas dulu,

Aku sebenarnya nak rumah yang macam mana?

Bila priority dah jelas,
barulah senang nak decide.

Bukan tengok 30 rumah.

3 pilihan yang tepat based on what reqiured, lagi senang nak decide.

Kalau anda tengah cari rumah, cuba tanya diri dulu:
Saya sebenarnya nak rumah yang macam mana?

Itulah sebabnya saya lebih s**a faham priority client dulu, baru senaraikan pilihan yang betul-betul sesuai.

Terlalu banyak pilihan. Sampai tak boleh nak pilih. Orang bukan tak nak beli rumah.Tapi tak nak tersalah beli rumah.Seka...
14/09/2026

Terlalu banyak pilihan. Sampai tak boleh nak pilih.

Orang bukan tak nak beli rumah.
Tapi tak nak tersalah beli rumah.

Sekarang kita boleh tengok 50 listing dalam satu malam.

Lagi banyak pilihan sepatutnya lagi senang decide kan?

Tapi jadi terbalik,

Sebab selepas rumah ke-10 semuanya mula nampak lebih kurang.

Jadi kerja aku sebenarnya bukan tambah lagi 20 listing.

Aku kena tolong dia buang 17 pilihan yang tak sesuai.

Tinggal 3.

Baru kita compare betul-betul.

-Ryna jual rumah.
rumahselangor.my baru nak update listing, nanti dah masuk semua listing kita up cerita pasal listing

Address

Jalan Pelabur 23/A
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ryna RumahSelangor.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ryna RumahSelangor.my:

Shortcuts

Share