02/04/2026
记得提醒你家人
4月4日 火箭党流动服务柜台
#你申请这3项福利了吗?
诗巫行动党林财耀服务团队将于本周六(4月4日)在诗巫中街《金源参药行》(诗巫文物馆对面)举办流动服务柜台。
#活动时间8.00am--10.30am。
#欢迎诗巫乐龄民众踊跃申请!
3项惠民服务资讯如下:
1. 第一项:Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 的启动/做Sarawak Pay Account。
此项援助是根据 第一期 STR(Sumbangan Tunai Rahmah)名单 发放,只限已通过并列入名单的人士,身份证必须有 “K”(砂拉越居民)。
申请时需注意:
* 申请者必须 本人到场
* 携带自己的智能手机
* 携带身份证原件
2. 第二项:肯雅兰金卡(Kenyalang Gold Card)
由于该项目的申请系统已升级并改为 电子化申请,民众前来办理时必须携带以下资料:
* 身份证原件
* 智能手机
* Sarawak Pass / ID
申请者身份证必须有 “K”(砂拉越居民)和必须本人到场(若已经登记)。申请资格:年龄必须60岁或以上。
3. 第三项:砂拉越乐龄人士健康福利计划(SCHB)
申请者需 自行携带身份证复印件。
申请条件如下:
* 年龄60岁或以上
* 身份证必须有 “K”(砂拉越居民)
* 家庭每月收入少于 RM7,000
本周六不能在流动柜台时段前来申请的民众,可以在办公时间到拉让花园的火箭党总部进行申请。火箭党办公时间是周一至五 : 8am-12pm, 1.30pm-4pm ; 周六: 8am-11am;周日及公假休息。另外,本周五(4月3日)耶稣受难节休假。
行动党诗巫国会选区林财耀服务中心(Pusat Khidmat P.212 Sibu)咨询电话:084-322001,017-8331085(Whatsapp)
Pasukan perkhidmatan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling akan mengadakan Kaunter Perkhidmatan Bergerak pada hari Sabtu ini (4 April) di Kim Guong Drug Store (bertentangan dengan Sibu Heritage Centre). Aktiviti ini akan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi. Orang awam di Sibu yang masih belum memohon pengaktifan SKAS, Akaun Sarawak Pay, Kenyalang Gold Card dan Skim Manfaat Kesihatan Warga Emas Sarawak digalakkan untuk hadir dan membuat permohonan.
Pembantu khas kepada Ahli Parlimen Sibu, Irene Wong Lee Ting berkata bahawa kaunter perkhidmatan bergerak DAP Sibu merupakan aktiviti bulanan pusat perkhidmatan, yang diadakan di pelbagai lokasi setiap bulan bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan bandar, perumahan dan luar bandar di Sibu. Kaunter perkhidmatan bergerak yang diadakan hari ini di Ulu Sungai Merah Lorong 63A telah menarik seramai 40 orang warga emas untuk membuat permohonan, kebanyakannya dari kawasan perumahan tersebut.
Kaunter perkhidmatan bergerak pada hari Sabtu ini akan menyediakan 3 jenis maklumat perkhidmatan awam seperti berikut:
*1. SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) & Pendaftaran Akaun Sarawak Pay*
Bantuan ini diagihkan berdasarkan senarai STR (Sumbangan Tunai Rahmah) fasa pertama dan hanya terhad kepada individu yang telah diluluskan serta tersenarai. Pemohon mesti memiliki kad pengenalan dengan huruf “K” (penduduk Sarawak). Pemohon perlu hadir sendiri dan membawa telefon pintar serta kad pengenalan asal semasa proses permohonan.
*2. Kenyalang Gold Card*
Sistem permohonan telah dinaik taraf kepada platform elektronik sepenuhnya. Pemohon perlu membawa kad pengenalan asal, telefon pintar, serta Sarawak ID semasa memohon. Pemohon mesti memiliki kad pengenalan dengan huruf “K” (penduduk Sarawak) dan hadir sendiri. Kelayakan adalah terhad kepada individu berumur 60 tahun ke atas.
*3. Skim Manfaat Kesihatan Warga Emas Sarawak (SCHB)*
Pemohon perlu membawa salinan kad pengenalan semasa memohon. Syarat kelayakan termasuk individu berumur 60 tahun ke atas, memiliki kad pengenalan dengan huruf “K” (penduduk Sarawak), serta mempunyai pendapatan isi rumah bulanan di bawah RM7,000.
Orang awam yang tidak dapat hadir semasa sesi kaunter bergerak pada hari Sabtu ini boleh mengunjungi ibu pejabat DAP di Rajang Park pada waktu pejabat. Waktu pejabat adalah seperti berikut: Isnin hingga Jumaat: 8 pagi – 12 tengah hari, 1.30 petang – 4 petang; Sabtu: 8 pagi – 11 pagi; tutup pada hari Ahad dan cuti umum. Selain itu, hari Jumaat ini (3 April) merupakan Good Friday.
*Untuk pertanyaan:*
Pusat Khidmat P.212 Sibu
Tel: 084-322001, 017-8331085 (WhatsApp)