Kelab TM Sri Aman

Kelab TM Sri Aman Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab TM Sri Aman, Social Media Agency, Sri Aman.

23/11/2025

Acara BBQ/Dinner 2025 anjuran TM Sarawak akan diadakan pada 19 November 2025 bertempat di TM Sri Aman.

Program yang dijadualkan bermula pada pukul 7.00 malam ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama kakitangan melalui suasana santai dan mesra.

Antara aktiviti utama yang disediakan ialah sesi barbeque serta karaoke, memberi peluang kepada semua peserta untuk menikmati hidangan sambil berhibur bersama rakan setugas.

Acara ini diharapkan dapat mewujudkan suasana kebersamaan dan mengukuhkan semangat kerja berpasukan dalam warga TM Sri Aman.



PART I

Perlawanan Persahabatan Antara Kelab TM Cawangan Sri Aman dan Kelab TM Cawangan SibuTarikh: 26 April 2025Lokasi: Komplek...
28/04/2025

Perlawanan Persahabatan Antara Kelab TM Cawangan Sri Aman dan Kelab TM Cawangan Sibu

Tarikh: 26 April 2025
Lokasi: Kompleks Tertutup Belia dan Sukan Sri Aman

Pada 26 April 2025 yang lalu, Kelab TM Cawangan Sri Aman telah menerima kunjungan dari rakan-rakan Kelab TM Cawangan Sibu bagi mengadakan satu perlawanan persahabatan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua cawangan selain memupuk semangat kesukanan dalam kalangan ahli kelab.

Perlawanan berlangsung dalam suasana penuh semangat dan harmoni, diserikan dengan sorakan dan sokongan dari kedua-dua pihak. Walaupun bersaing di padang, semangat persahabatan dan kerjasama tetap menjadi keutamaan sepanjang perlawanan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, serta penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Diharapkan aktiviti seperti ini akan diteruskan di masa hadapan demi memperkukuhkan hubungan antara semua warga TM.




Kejohanan E-Sport FC 25 Anjuran TM Sri Aman!Pada 16 April 2025, TM Sri Aman telah berjaya menganjurkan satu kejohanan E-...
24/04/2025

Kejohanan E-Sport FC 25 Anjuran TM Sri Aman!

Pada 16 April 2025, TM Sri Aman telah berjaya menganjurkan satu kejohanan E-Sport FC 25 yang berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan sihat. Pertandingan ini menghimpunkan 20 orang peserta, terdiri daripada 11 wakil TM Sri Aman dan 9 wakil daripada vendor Zone San.

Acara ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan digital, tetapi juga menjadi platform mengeratkan hubungan antara staf TM dan rakan vendor. Sorakan penyokong dan aksi-aksi hebat daripada para peserta telah menyemarakkan lagi suasana pertandingan.

Keputusan rasmi pertandingan:

Johan: Hadi & Nizam

Naib Johan: Owais & Azrai

Ketiga Bersama: Fairus & Wandi, Safwan & Din Bytes

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta! Semoga pertandingan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak acara e-sukan yang lebih besar dan meriah pada masa akan datang.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina buat semua warga Kelab TM sri aman dan yg menyambutnya 🎊🎉
09/02/2024

Selamat menyambut Tahun Baru Cina buat semua warga Kelab TM sri aman dan yg menyambutnya 🎊🎉

6/2/2024Mesyuarat sulung kelab untuk tahun 2024 bagi membincangkan agenda dan aktiviti² yang akan dilaksanakan pada tahu...
06/02/2024

6/2/2024

Mesyuarat sulung kelab untuk tahun 2024 bagi membincangkan agenda dan aktiviti² yang akan dilaksanakan pada tahun ini 😎

5/2/2024Sukan santai bersama ahli² kelab
05/02/2024

5/2/2024

Sukan santai bersama ahli² kelab

Address

Sri Aman

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab TM Sri Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share