Insangpari Label - Label Baju, Tudung, etc.

Insangpari Label - Label Baju, Tudung, etc. Kini kami beroperasi di SS19 Subang Jaya sejak 1 September 2020. Hubungi kami untuk temujanji jika i

Kami memberi solusi penjenamaan dari segi penghasilan label, percetakan dan packaging kepada industri bisnes kecil dan sederhana.

Dah 2024, label kain ni masih relevan ke?Sudah tentulah. Walau dah keluar macam-macam jenis label bukan kain, hujung-huj...
21/07/2024

Dah 2024, label kain ni masih relevan ke?
Sudah tentulah. Walau dah keluar macam-macam jenis label bukan kain, hujung-hujungnya, customer kami masih gemarkan label jenis kain ni untuk produk mereka terutama tudung. Bagi yang baru nak berjinak-jinak untuk buat jenama sendiri dan takde idea nak buat label yang macam mana untuk tudung, jom tengok beberapa idea yang Uols boleh gunakan untuk label nanti.
Kalau susah sangat nak pikir, buat je macam idea #3 tu. Less is more lah kata Omputih.
Kalau masih tak boleh nak decide, jom PM tepi, kami bantu.
https://wa.link/shrsie
https://wa.link/shrsie
https://wa.link/shrsie

Jika anda menjalankan perniagaan khidmat sewa barangan, pastikan setiap produk di-labelkan dengan baik dan tahan lasak. ...
05/06/2024

Jika anda menjalankan perniagaan khidmat sewa barangan, pastikan setiap produk di-labelkan dengan baik dan tahan lasak. Sebaiknya, elakkan jahit / tampal label secara 'asal boleh' saja, takut mudah tertanggal bila dah banyak-banyak kali digunapakai oleh 'banyak tangan'. Jika memilih menggunakan label jenis jahit, kami cadangkan jahit terus 4 sisi untuk mengelakkan risiko label mudah tertanggal.

Bukan sahaja dengan cara ini label tu akan tahan lama .. malah produk anda pun tak mudah hilang / tertukar. Cubalah!

-----

Anda baru nak mulakan jenama sendiri? Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh klik sini -- wa.link/zmy9xh

Tahu tak ... custom embroidery on your company merchandise adalah lebih mahal daripada you buat custom label dan jahit p...
04/06/2024

Tahu tak ... custom embroidery on your company merchandise adalah lebih mahal daripada you buat custom label dan jahit pada merchandise tersebut?

Iyaaa... inilah salah satu solution yang kami s**a cadangkan pada kebanyakan customers, yang rata-rata diorang memang tak tahu. Jangan takut kalau labels tu macam banyak sangat sedangkan merchandise Uols sikit je. Sebab ... label yang sama boleh digunakan untuk pelbagai jenis merchandise seperti :

- beg
- tuala
- topi
- baju.. dan banyak lagi

Jadi, buatlah 1 label yang boleh 'fit in' all these merchandise. Nak tau penjimatannya berapa banyak?
1 logo embroidery saiz 5x5cm pada baju mungkin berharga RM5/pc
Jika tempah label saiz yang sama, harganya kurang daripada 50sen!
Nampak tak?
-----
Anda baru nak mulakan jenama sendiri? Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh klik sini -- wa.link/zmy9xh

Ini antara 4 kesilapan yang biasa dilakukan bila pelanggan kami tempah label. Yang no. 4 tu rupanya masih ramai yang tak...
03/06/2024

Ini antara 4 kesilapan yang biasa dilakukan bila pelanggan kami tempah label. Yang no. 4 tu rupanya masih ramai yang tak tau :
1) Tidak teliti dalam memberikan saiz label -- bila label dah siap, baru menyesal sebab tak tengok ukuran betul-betul ketika artwork ditunjukkan.

2) Tidak berbincang dengan tukang jahit tentang bagaimana label hendak dijahitkan pada produk -- Ruang jahitnya disediakan bahagian atas, sekali tengok-tengok tukang jahit zassskan label kat tepi. Hasilnya, ada sebahagian daripada logo tidak kelihatan, termasuk dalam basi jahitan.

3) Pemilihan warna label -- Walaupun logo asal memang punya banyak warna, tak semestinya label pun kena sama. Sebaiknya, minimakan penggunaan warna dalam label supaya mudah dipadankan dengan pelbagai produk yang lain.

4) Order label banyak giler ... dah bertahun-tahun tak habis lagi -- Ahh, memang lagi banyak you order lebih jimat. Tapi kalau di fasa awal, better order sikit je dulu. Ramai lagi yang tak tau, MOQ kami untuk label, 100 keping aje tau. Bukan apa, kadang-kadang kita ni cepat berubah hati. Nak tukar design lah, nak tukar warna lah. Kalau label masih beribu-ribu tak habis lagi, kan dah takde alasan nak buat label baru 😁

-----
Anda baru nak mulakan jenama sendiri? Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh klik sini -- wa.link/zmy9xh

Masih berkira-kira nak buat jenama sendiri tapi budget terhad? Faham sangat, Sis! Baru-baru nak berniaga, tolong lah jan...
02/06/2024

Masih berkira-kira nak buat jenama sendiri tapi budget terhad? Faham sangat, Sis! Baru-baru nak berniaga, tolong lah jangan berbelanja sewenang-wenangnya. Mulalah dengan apa yang ada dengan kos seminima yang boleh.
Walaupun kami nak tegaskan, penJENAMAan tu teramatlah penting di fasa awal, tetapi berbijaklah dalam mengatur strategi. Branding tidak semestinya mahal. Di , kami ada tawarkan pelbagai option label yang you boleh buat dan gunapakai untuk brand you mengikut budget. Jangan risau tentang label murah nampak murah ... TAK SEMESTINYA! Label murah, dengan design yang menarik boleh nampak bagus juga!
Dan tak apa jika buat label yang 'jimat' dulu untuk batch pertama / prototaip produk. Bila bisnes dah berkembang, boleh upgrade label selari dengan penambahbaikan produk dan jenama.
Don't trust us, but trusts our clients who have gone through the same process! See it for yourself!
-----
Anda baru nak mulakan jenama sendiri? Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh klik sini -- wa.link/zmy9xh

"Sis buat bisnes kecil-kecilan aje dari rumah".Bisnes kecil atau besar, bisnes tetap bisnes, Sis. Don't underestimate yo...
01/06/2024

"Sis buat bisnes kecil-kecilan aje dari rumah".
Bisnes kecil atau besar, bisnes tetap bisnes, Sis. Don't underestimate yourselves. Yang penting, berimpianlah dengan besar. Sebab bila kita berani untuk berimpian ... barulah akan kita nampak jalan-jalannya yang perlu kita lalui.
Berimpian tu bukan bermaksud tengok media sosial dan rasa nak jadi macam mereka yang acah-acah naik jet mewah tu tau. Tapi berimpianlah secara benar ... hidup kita nak yang bagaimana. Bila kita bers**a dan berduka, nak bersama siapa. Lagi 5, 10 tahun ... nak berada di mana.
Jom impikan yang indah-indah harini. Lepas tu, carilah jalan untuk capai impian-impian tersebut. Jiayo!


-----

Anda baru nak mulakan jenama sendiri? Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh klik sini -- wa.link/zmy9xh

Aiya s**a sangat berborak hal bisnes. So baru-baru ni sambil berbual dengan kenalan rapat pasal bisnes baru dia, macam-m...
31/05/2024

Aiya s**a sangat berborak hal bisnes. So baru-baru ni sambil berbual dengan kenalan rapat pasal bisnes baru dia, macam-macam lah rupanya yang dia belum buat lagi, yang Aiya kira perkara asas jugak lah kalau nak mula buat bisnes. Sampaikan dia kata ... "Aiya, kau takde buat kelas ke untuk orang baru nak berniaga ni? Senang sikit nak ikot".
😅
Aduhai ... seganlah nak cakap. Sebenarnya modul tu dah nak siap. Tinggal nak launch aje yang belum. Tak tau lah, ada orang yang nak ke kalau Aiya buat kelas asas berniaga dari rumah paling simple dan sempoi ni? Almaklum ... Aiya ni bukannya founder-founder berkereta mewah, berumah besar pun. Hmmm...

-----

Anda baru nak mulakan jenama sendiri? Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh klik sini -- wa.link/zmy9xh

Dunia perniagaan ni memang keras. Lagi-lagi di zaman media sosial ni. Kalau tak kental menghadapi kecaman, dan pelbagai ...
30/05/2024

Dunia perniagaan ni memang keras. Lagi-lagi di zaman media sosial ni. Kalau tak kental menghadapi kecaman, dan pelbagai dugaan yang mendatang, lebih baik lupakan hasrat nak berbisnes. Ada yang nak bantah?

-----

Anda baru nak mulakan jenama sendiri? Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh klik sini -- wa.link/zmy9xh

Risiko adalah lumrah dalam perniagaan. Pulangan yang besar biasanya mempunyai risiko yang besar juga. Kadang-kadang mema...
29/05/2024

Risiko adalah lumrah dalam perniagaan. Pulangan yang besar biasanya mempunyai risiko yang besar juga. Kadang-kadang memang jatuh tertonggeng juga dek tersilap percaturan. Tapi itulah namanya perjalanan hidup.
"No pain, no gain"-lah kata orang.

-----

Anda baru nak mulakan jenama sendiri? Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh klik sini -- wa.link/zmy9xh

Baru-baru ni ada yang tanya ... "Best ke buat bisnes sendiri ni? Stress tak?" Haloo... Apakah soalan itu? Of course stre...
28/05/2024

Baru-baru ni ada yang tanya ... "Best ke buat bisnes sendiri ni? Stress tak?"
Haloo... Apakah soalan itu? Of course stress ada di mana-mana. But jika kita punya bisnes sendiri, we choose the kind of stress we want ya. Eh, ye ke? Kadang-kadang ada juga stress di luar kawalan. Tapi apa yang penting, manage the stress wisely. Bak kata pepatah ... 'Apabila satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka.'
Dan setiap kali ada krisis, kita cuba cari peluang di dalamnya. Kalau cari, pasti jumpa! 🚪
------
Anda baru nak mulakan jenama sendiri? Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh klik sini -- wa.link/zmy9xh

To all home business owners di luar sana, "Tahniah dan setinggi-tinggi tahniah!" Sesungguhnya bukan mudah untuk seseoran...
27/05/2024

To all home business owners di luar sana, "Tahniah dan setinggi-tinggi tahniah!" Sesungguhnya bukan mudah untuk seseorang yang sedang berada di zon dan persekitaran yang selesa a.k.a. 'RUMAH' ingin berkongsi ruang dan transform diri mereka yang berbeza daripada dunia pekerjaan / makan gaji seperti orang lain.

Siapaya yang memiliki keberanian ini, Aiya yakin jika beri fokus sepenuhnya ... insyaAllah anda akan dapat menjalankan perniagaan dengan jayanya WALAUPUN hanya bermula dari rumah. Yang penting, teruskan usaha dan jangan pernah berhenti untuk mengejar apa yang diimpikan! 💪

-----

Anda baru nak mulakan jenama sendiri? Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh klik sini -- wa.link/zmy9xh

"Aok down ke? Saya tak down" -- Haha karut lah. Biasalah tu sekali-sekala kita ada our ups and downs. Dalam bisnes pun s...
26/05/2024

"Aok down ke? Saya tak down" -- Haha karut lah. Biasalah tu sekali-sekala kita ada our ups and downs. Dalam bisnes pun sama. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kadang-kadang berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Tapi kalau kita fokus dan pasakkan niat yang betul kenapa kita berniaga, doa banyak-banyak ... insya Allah segala kekusutan akan dipermudahkan olehNya. Dan anggap sahaja ujian-ujian tu adalah untuk mematangkan lagi pengalaman bisnes kita.

Lagipun, setiap masalah kan ada penyelesaiannya? Maka selesaikanlah! Dan lepas tu, berkembanglah :)

🔥 "

Address

Insangpari Label, No. 12 Jalan SS19/3A
Subang Jaya
47500

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+601163163179

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Insangpari Label - Label Baju, Tudung, etc. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Insangpari Label - Label Baju, Tudung, etc.:

Share