30/08/2019
Allahamdulillah bertemu sekali lagi Jumaat penghulu segala hari ni kan…
Sempena hari yang baik ni jom kita sama-sama ucapkan syukur pada rahmat yang Allah bagi pada kita setiap hari…
Dulu saya selalu rasa down, rasa sedih sebab saya rasa saya diuji dengan ujian yang sangat berat…saya selalu rasa kehidupan orang lain elok je indah je… kenapa Allah duga saya sebegini rupa? Adakah sebab saya banyak dosa atau tak cukup baik? Macam-macam lagi perkara yang saya persoal, sehingga saya terlupa untuk melihat rahmat Allah bagi pada saya yang
orang lain tak ada sebenarnya.
Tapi hari ini Allahamdulillah Allah , lahirnya kesedaran dan rasa syukur pada diri saya melalui ilmu-ilmu yang dikongsi rakan-rakan. Benarlah pengalaman tu mendewasakan dan mematangkan diri kan… Selepas bertahun akhirnya saya sedar Allah berikan latihan intensive dekat saya untuk menjadi manusia & individu yang lebih baik.
Saya sharekan point kesyukuran saya hari ini:
1. Syukur Allah masih beri kesihatan yang baik, akal yang waras dan jiwa yang begitu bersemangat untuk sentiasa menjadi lebih baik setiap hari. Dijauhi dari kecewa dan kemurungan.
2. Syukur hidup kita masih diberikan masa bersama yang tersayang. Syukur mak ayah, aki wan, adek-adek dan seluruh keluarga masih sihat dan bersama kita. Tak macam sesetengah orang yang Allah uji dengan kematian orang tersayang.
3. Syukur masih punya pasangan walau tidak sempurna dan banyak dugaan dilalui. Ada kawan-kawan kita yang suaminya dijemput Illahi lebih awal. Ada yang sakit. Ada yang belum bertemu jodoh. Beruntungnya diri saya.
4. Syukur dalam usia ini, dalam pelbagai dugaan yang dilalui punya teratak tempat berteduh yang dibina bersama suami. Tidak perlu menyewa dan susah macam mana pun masih ada tempat berteduh.
5. Syukur punya kereta perang sendiri. Walaupun , tak baru, tak mewah tapi tak payah bayar tiap bulan.Boleh bawak keluar cari rezeki dan mudahkan urusan harian.
6. Syukur punya ilmu pengetahuan yang boleh bezakan buruk baik, yang boleh didik diri jadi lebih baik, boleh juga berkongsi dengan kawan-kawan. Mana tau perkongsian yang sedikit boleh kawan-kawan menambah nilai diri.
7. Pengalaman yang tak seberapa ni jugak banyak membantu develop skill diri saya untuk lebih baik dalam mengendalikan tugas. Suprisingly saya jauh ebih baik berbanding 10 tahun lalu.
8. Syukur walupun tak kurus soli molid namun masih mempunyai kesihatan yang baik, selera makan mewah setiap hari, makan ayam goring kunyit pun selera macam makan grill chicken chop hahahah