Kursus Intensif Digital Marketing

Kursus Intensif Digital Marketing Membantu peniaga menggunakan internet untuk kembangkan dan memajukan perniagaan mereka.

Menjemput orang awam untuk menyertai kelas Digital Marketing untuk pertingkatkan pengetahuan mereka tentang Digital Marketing. Penyerta akan pelajari cara untuk tingkatkan jualan melalui Facebook dan Instagram dan juga "Do's and Don'ts" dalam pernigaan atas talian.

Tip Memulakan Dropship Di Facebook- 12 Tips Anda Perlu Tahu Apakah langkah awal untuk menjalankan bisnes yang selamat?Mu...
24/08/2021

Tip Memulakan Dropship Di Facebook- 12 Tips Anda Perlu Tahu

Apakah langkah awal untuk menjalankan bisnes yang selamat?
Mulakan secara kecil-kecilan sama ada anda mencuba untuk jual sesuatu produk, atau boleh guna konsep dropship, iaitu satu konsep di mana anda tak perlu keluarkan modal.

APA ITU DROPSHIP
Konsep dropship ini adalah sistem yang mana agen dropship hanya perlu mempromosi barang dan mendapatkan pelanggan, kemudian membuat pembayaran kepada syarikat/pembekal/penjual. Pihak ini yang akan menguruskan penghantaran. Agen Dropship tidak perlu menyimpan barang, hanya perlu mencari pembeli dan membuat tempahan.
Sebagai contoh, harga jualan ialah RM100 dan harga dropship ialah RM80, jadi anda untung RM20.
Sekiranya anda hendak menjadi agen, pihak pembekal akan memberi harga yang lebih murah dari harga dropship dengan syarat membeli borong atau satu kuantiti yang ditetapkan. Contohnya, anda mungkin akan dapat harga RM70 jika ambil 10 unit dan RM60 jika ambil 30 unit. Lebih banyak yang anda ambil,lebih banyak keuntungan per unit yang anda dapat.

KENAPA PILIH DROPSHIP
👉🏼Test market – jika jualan bagus, maka produk tersebut terbukti ada pasaran, anda boleh upgrade jadi agen sebab dapat lebih untung
👉🏼Tiada masa untuk uruskan penghantaran barang
👉🏼Tidak s**a menyimpan/menguruskan stok
👉🏼Ingin dapatkan pengalaman meniaga kecil-kecilan dan skill menjual

PRODUK YANG PERLU DIPILIH
👉🏼Produk yang membantu menyelesaikan masalah orang
👉🏼Produk yang anda memang guna dan tahu memang bagus
👉🏼Produk yang sedang dicari oleh ramai orang (trend)
👉🏼Jika ianya bukan produk, tetapi servis, pilihlah yang mempunyai permintaan atau yang jarang dibuat/s**ar didapati

TEKNIK SANTAI UNTUK DAPATKAN PENGALAMAN
➡️Beli barang secara online, tunjuk pada kawan-kawan untuk lihat sekiranya ada yang berminat, kemudian buat tempahan
➡️Atau tunjukkan dulu gambar produk pada kawan-kawan dan perinciannya, kumpulkan tempahan
➡️Selepas mendapat tempahan tersebut, minta kurang dari penjual
➡️Jual harga runcit pada kawan-kawan

TIP ADVANCE MEMULAKAN DROPSHIP DI FACEBOOK
⏭Cuba tengok di timeline Facebook anda,iklan apa banyak masuk. Biasanya orang s**a produk yang menyelesaikan masalah mereka. Mereka ingin kurus, cantik, nak memikat suami/isteri, nak anak cerdik, nak fesyen menarik dan banyak lagi
⏭Perhatikan iklan mana paling banyak dapat sambutan dan pilih satu (lebih kepada untuk menimba pengalaman dan percubaan)
⏭Biasanya produk begitu, banyak FB Page yang ada, pandai-pandailah cari dan dapatkan harga terbaik untuk dropship sambil survey berapa harga borong untuk agen (senang nak buat perancangan nanti)
⏭Tiru ayat-ayat marketing dari FB Page tersebut (biasanya mereka tidak kisah pun sebab kita memang jual produk dia)
⏭Copy gambar dari FB Page tersebut dan tukar bahagian nombor telefon kepada nombor telefon anda sendiri
⏭Mulakan promosi di timeline FB anda, waktu yang sesuai jika ada masa ialah setiap masa. ⏭Kalau nak pilih masa kemuncak, cuba masa 9 – 10 pagi, 1 – 2 tengahari, 5 – 6 petang dan 9 – 12 malam
⏭Buat secara berterusan, paling kurang 2 minggu
⏭Jika respon masih kurang, semak semula jumlah rakan di FB. Jika kurang dari 2 – 3k, respon biasanya rendah. Tapi teruskan sebab ada orang yang tak respon tapi dah mula tertarik
⏭Dengan cara post secara konsisten, anda membuatkan orang yang tertarik semakin berminat. Iklan anda mewujudkan ‘gangguan’ kepada mereka. Gangguan yang bakal membuatkan anda mendapat pelanggan dan mereka dapat produk yang diinginkan
⏭Jika anda memang ingin menjual produk tersebut dalam tempoh yang agak lama, elok wujudkan album di FB untuk produk tersebut dengan memasukkan gambar produk, info dan testimonial. Tuliskan sedikit keterangan
⏭Jika boleh, buatlah ayat copywriting anda sendiri terutamanya dalam bentuk softselling
⏭Akhir sekali, ini pilihan, tetapi digalakkan – buat page untuk menimba pengalaman menguruskan page 🙂

18/08/2021

KETAHUI CARA UNTUK BERJAYA DI INSTAGRAM

Kini anda sudah memiliki akaun, ketahui apa selanjutnya. Dapatkan gambaran lengkap dengan pelan pemasaran percuma atau teroka 3 petua utama untuk memulakan dengan pantas.

~~> Nak dapatkan follower
~~> Nak cari follower yang spesifik atau prospek
~~> Memudahkan pencarian prospek berdekatan untuk COD

Harap supaya anda dapat belajar sesuatu dari tips ini.

Kini, ramai orang jual barang, produk, dan servis di Facebook dengan menggunakan fungsi FB Live.Ini adalah cara pemasara...
16/08/2021

Kini, ramai orang jual barang, produk, dan servis di Facebook dengan menggunakan fungsi FB Live.
Ini adalah cara pemasaran produk di FB yang amat pop**ar sekarang sebab trend video makin meningkat dalam kalangan pengguna media sosial.
Siaran Live di FB memang mudah dan mampu jana sales yang banyak untuk bisnes anda.
Anda hanya perlukan smartphone dengan kamera yang canggih macam iPhone 8 dan tripod untuk membuat video Facebook Live pertama anda.
Sebelum membuat siaran Live di FB, sila pastikan bahawa anda ada:
connection Internet yang laju
penolong untuk standby bagi menjawab sebarang soalan/komen di ruangan komen video Live anda
tripod yang stabil untuk smartphone anda
Nak tarik penonton untuk siaran FB Live anda? Gunakan tips ini:
Buat pengumuman awal di Facebook mengenai siaran Live anda yang akan datang supaya penonton anda boleh bersedia dan mengosongkan jadual mereka untuk mengikuti siaran anda
Tambah description yang menarik supaya penonton anda tahu apa yang anda ingin jual
Minta penonton anda untuk Like, Share, dan Follow page Facebook anda untuk video dan post lain daripada anda semasa siaran FB Live anda
Libatkan penonton anda dalam Live anda dengan memberi respon kepada sesiapa yang komen di video anda
Tamatkan siaran anda dengan CTA (Call To Action), iaitu arahan yang diberikan kepada penonton anda mengenai sebarang tindakan susulan yang anda ingin mereka lakukan seperti: “PM saya untuk maklumat lanjut”, “sila ikuti kami untuk video seterusnya”, dan lain-lain lagi.

11/08/2021

5 Tips Rahsia Untuk Peniaga Online Yang Baru Mula Berniaga

Sudah semakin ramai usahawan muda yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Lebih-lebih lagi mereka yang mula menapak dalam bidang ini dengan meniaga secara dalam talian sebagai peniaga online.
Fenomena ini dilihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ianya mula menarik minat ramai usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan secara online selepas meilhat bidang ini mempunyai potensi besar dan peluang yang cerah. Bukan sahaja ianya berpotensi besar dalam memajukan perniagaan, ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Bagi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ataupun ingin menjadi usahawan online, kami berbesar hati ingin berkongsi beberapa tips permulaan untuk mereka yang ingin berniaga secara online.

CARA UNTUK BERNIAGA SECARA ONLINE
Anda harus ingat KATA KEKUNCI ini iaitu “, “Cari”,Jual”, “Manfaat”, “Guna” dan “Rajin”

-CARI ilmu berniaga
-JUAL minat anda
-MANFAAT penggunaan platform ataupun media sosial
-GUNA strategi pemasaran terbaik
-RAJIN berusaha dan bertanya

Hijrah itu bukan pelarian, tetapi tuntutan dari Tuhan. Ayuh, sama-sama kita tingkatkan amalan. Agar hidup sentiasa aman....
09/08/2021

Hijrah itu bukan pelarian, tetapi tuntutan dari Tuhan. Ayuh, sama-sama kita tingkatkan amalan. Agar hidup sentiasa aman. Salam Awal Muharram 1443 Hijrah.

Ucapkan selamat tinggal kepada 1442 Hijrah dan Selamat datang kepada 1443 Hijrah. Semoga tahun baru hijrah ini jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Amiinnnn

Satu tahun telah kita jalani. Semoga amalan-amalan baik kita pada tahun lepas dapat dipertingkankan dan amalan

Selamat Menyambut Awal Muharam 1443 Hijrah.

Didoakan semua agar:-

Dipanjangkan umur
Dimurahkan rezeki
Ditetapkan keimanan
Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang baik
Kesihatan yang baik
Berjaya di dunia dan akhirat, dan;
Sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripada Tuhan Yang Maha Esa.

09/08/2021

Untuk mencegah COVID-19 (jangkitan virus corona baru) dan mencegah penyebaran jangkitan

COVID-19 adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus corona (SARS-CoV-2) dan terutamanya menyebabkan gejala seperti demam, batuk, dll. Secara umum, ia disebarkan oleh jangkitan titis atau jangkitan kontak. Sila perhatikan perkara yang berikut secara khusus. Telah ditunjukkan bahawa jangkitan dapat menyebar bahkan sebelum simptom menjadi jelas, dan penting untuk mengambil langkah-langkah jangkitan umum seperti menjaga jarak antara orang (Social distancing: Jarak sosial) dan memakai topeng muka ketika keluar, dll.

Apa yang harus saya lakukan dalam kehidupan seharian?

Sila berikan perhatian khusus untuk perkara-perkara yang berikut.
Menahan diri untuk tidak keluar
Basuh tangan
Etika batuk
Pengudaraan
Elakkan ruang tertutup rapat
Elakkan tempat padat dan rapat
Elakkan situasi dekat dan rapat
Asas langkah-langkah simptom jangkitan termasuk COVID-19 adalah "basuh tangan" dan "etika batuk termasuk memakai topeng muka".
Perkara yang sama dalam wabak adalah "pengudaraan yang buruk", "tempat di mana orang menghabiskan masa bersama dengan rapat", dan "tempat di mana sebilangan orang yang tidak ditentukan berpeluang tinggi melakukan kontak" (3 rapat). Elakkan berkumpul dalam kump**an rapat di tempat yang kurang berventilasi. Mari tuju 0 kerapatan.

05/08/2021

4 cara pemasaran online yang wajiba anda gunakan

Apa Teknik Pemasaran Online Yang Wajib Tu?
Ini bukannya teknik gila tahap gaban yang ada unsur-unsur hype tu. Ini cuma kaedah yang saya gunakan masa saya menjalankan perniagaan Everyday Planners.

Berikut adalah list 4 cara pemasaran online yang saya gunakan:
1.Laman Web (SEO)
2.ECommerce (Dynamic Ads)
3.Sosial Media
4.Marketplace

Gunakan 4 cara ni dan anda akan nampak perubahan / perkembangan dalam perniagaan anda.


04/08/2021

Cara edit video tulisan bergerak & keyboard typing sound effects 👏🏻👏🏻

Semoga manfaat untuk korang yang untuk bermula bisnes tu ya.Lama2 kalau korang dah pandai mesti ada idea banyak nanti 👌

Jangan lupa share & like

03/08/2021

5 RAHSIA KEMBANGKAN BISNES ANDA

Ramai yang tanya Coach macam mana nak buat bisnes sampai sales bepuluh puluh ribu sebulan ??

Ini yang Coach selalu kongsikan kepada korang.5 elemen penting yang korang kena ada kalau nak kembangkan bisnes anda.
Jangan kedekut untuk belajar.

Insyaallah kalau ada semuanya korang ada,korang buat lah bisnes apa pun confirm jadi.

Percaya lah.

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Alhamdulillah Syukur.Alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup lagi hari ini. Semog...
30/07/2021

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Alhamdulillah Syukur.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup lagi hari ini. Semoga nafas ini selalu bersyukur. Semoga lisan ini selalu berzikir dan semoga semua gerak langkah ini selalu ibadah kepadaMu Ya Allah.

Dah nak masuk bulan ogos,adakah kita akan Merdeka untuk menentang virus yg berkuasa sekarang.
Pertolongan Allah mungkin datang tidak terlalu cepat dan tidak p**a terlalu lambat. Akan tetapi, ia akan datang di saat yang paling tepat. Insyaallah.

29/07/2021

Sebab kenapa anda gagal dalam bisnes

Sejak dunia internet bertambah pesat, ramai usahawan berebut nak berniaga online. Memanglah inspired bila terbaca success stories usahawan yang berjaya bergelar jutawan, tetapi ada juga cerita usahawan yang rugi teruk selepas melabur sangat banyak untuk pemasaran online.

Berikut 7 sebab kenapa anda gagal dalam bisnes terutama pemasaran online :

1. Tunggu kejayaan datang bergolek

Orang yang gagal itu adalah kerana seluruh hidupnya sentiasa menunggu. Buatlah tindakan! Usah berharap untuk jadi jutawan Facebook, jika mahu bermimpi pun tidak berani. Untuk berjaya dalam dunia bisnes internet anda perlu berani bermimpi, berfikiran besar dan mahu berjaya lebih dari orang lain. Bekerjalah sehingga idola anda sendiri menjadi rival anda. Buktikan anda juga boleh pergi jauh dan letakkan cita-cita besar anda sekarang, jangan tunggu hari esok! Dan buang istilah putus asa dalam kamus hidup.

2. Takut menjadi luar biasa

Takut untuk menjadi luar biasa, itulah penyakit orang kita. Terlalu selesa dengan apa yang dimiliki membuatkan masih ramai di antara kita kian lena diulit mimpi dan terus berserah menunggu takdir. Cabaran ekonomi hari ini bukanlah saat untuk kita membutakan mata dan hati. Cipta kesedaran dan percayalah hanya dengan berniaga anda bisa mengubah segalanya.

3. Ragu-ragu nak berniaga online

Memberikan keyakinan buat mereka yang masih ragu-ragu untuk berjinak-jinak terhadap perniagaan secara online mahupun offline bukanlah mudah, di Fbads kami sentiasa berusaha membangkit motivasi buat semua peserta.

Pertama, lihat mereka yang telah berjaya dalam bisnes selepas menggunakan pemasaran Fbads. Kedua banyakkan bacaan dengan membaca bahan berkaitan pemasaran Facebook dan ketiga cuba jadi pelanggan di Facebook. Cara ini akan membuatkan anda sendiri merasai pengalaman bagaimana menjadi pelanggan.

4. Tak fokus dan asyik nak tiru orang lain

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong p**a berciciran. Apabila anda melabelkan diri anda sebagai seorang usahawan, perkara utama yang perlu anda terapkan ialah menjadi fokus. Faham apa produk anda, siapa lapangan pelanggan anda dan tidak perlu terlalu mengikut apa yang orang lain lakukan. Kenali diri anda terlebih dahulu dan buatlah perniagaan yang anda benar-benar minat dan boleh mendatangkan keuntungan.

Dalam bisnes internet, pelbagai peluang akan muncul dan menjanjikan p**angan yang besar sekaligus membuatkan anda kabur untuk memilih. Apabila melihat orang menjual tudung, anda pun mahu menjual tudung, orang membuka restoran, anda pun turut mahu membuka restoran. Apa yang terjadi, bila kurangnya pengalaman juga ilmu membuatkan perniagaan tadi lingkup disebabkan persaingan yang semakin sengit.

5. Terjangkit virus putus asa

Saya juga sering didatangi mereka yang gagal dalam berniaga dan mereka mahukan suatu anjakan baru apabila masuk ke seminar saya, namun apa yang mendukacitakan setelah beberapa kali bersama mencari ilmu, mereka masih tidak menjumpai jalan keluar dan menyalahkan kami. Sikap putus asa seperti ini juga adalah virus yang harus usahawan elakkan. Mudah mengalah adalah pembunuh nombor satu kejayaan.

Ada juga yang menganggap ilmu yang kami sampaikan di Sifufbads terlalu teknikal dan menyukarkan mereka. Anda tidak akan gagal selagi tidak berhenti mencuba, buat sehingga jadi! Jika masih juga gagal, anggap anda masih ada peluang selagi punya keyakinan dan anda perlu tahu apa kelemahan yang harus diatasi. Apa strategi yang perlu anda lakukan dan cari jalan keluar.

6. Letak sasaran yang tak realistik

Selain itu sasaran anda juga harus relevan dan bersesuaian dengan kredibiliti juga perniagaan anda. Jangan letakkan sasaran yang terlalu tinggi kelak anda yang akan berasa cepat mengalah. Buat secara berperingkat agar ianya nampak mudah untuk dicapai. Mendapatkan semangat selepas terasa diri ini tewas juga saya galakkan anda dengan membaca semula kisah-kisah mereka yang berjaya. Fahami resipi kejayaan dan jadikan mereka sebagai inspirasi untuk memajukan perniagaan.

Ingatlah, orang yang gagal adalah orang yang tiada perancangan dalam hidupnya. Mereka tergapai-gapai mencari hala tuju yang dia sendiri tidak pasti. Rancanglah perjalanan hidup anda, ketahui ke mana anda 10 tahun akan datang. Jangan persiakan waktu muda dengan perkara sia-sia, luangkan seketika untuk berfikir perkara yang bakal anda lalui satu ketika nanti.

7. Tidak mendalami ilmu marketing

Biar modal anda setinggi Gunung Everest, tanpa ilmu perniagaan anda mungkin akan mengalami kerugian. Dalam pengiklanan Facebook, anda perlu berhati-hati memilihnya kerana ia sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa. Pastikan setiap pengiklanan yang anda lakukan tidak sia-sia dan meninggalkan kesan kepada pembeli. Oleh itu anda juga harus mengetahui apakah formula penting dalam menjalani kempen pemasaran yang berkesan.

Untuk melakukan satu kempen yang berkesan anda harus detil dalam melakukan formula M.A.P iaitu formula mengenai Market, Audience dan Product. Anda juga harus membuat analisis SWOT iaitu analisis bagi mengetahui prestasi pesaing juga ancaman dalam perniagaan, ini penting bagi membantu anda mengetahui kemampuan produk juga pasaran semasa perniagaan anda. Fahami kekuatan, kelemahan juga peluang yang ada dan jangan gentar pada risiko persaingan.

Kesimp**an

Apa yang paling penting ialah mindset. Ramai usahawan gagal bukan kerana mereka tidak pandai, cuma paling banyak masalah pada MINDSET mereka. Jadi, kalau nak berjaya, anda kena ubah mindset terlebih dulu. Selagi tidak diubah, anda buatlah bisnes apa pun confirm tidak berjaya!

Address

Sungai Buluh
47000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kursus Intensif Digital Marketing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kursus Intensif Digital Marketing:

Share