DakwahKata

DakwahKata Warisan Ilmu, Kefahaman dan Amalan Ulama Turath

Langteh Enterprise merupakan syarikat pembekal dan penjual kasut kesihatan jenama Footlink dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Rugi masa ja belajar dengan tok guru dan ustaz tu!Mengajar apa tak bawa dalil.Letak nama ilmu Fekah bab Munakahat bagai ...
22/06/2022

Rugi masa ja belajar dengan tok guru dan ustaz tu!

Mengajar apa tak bawa dalil.

Letak nama ilmu Fekah bab Munakahat bagai tapi bila tanya dalil, dia jawab garis panduan ibadah dalam konteks ilmu Fekah tak dituntut akan wajib mengetahui dalil. Cukup kita bertaqlid dengan para Ulama kita. Yang dituntut akan wajib mengetahui dalil ialah dalam perbahasan ilmu Tauhid.

Amboi, senang-senang dia buat mudah-mudah dengan dalil bila kita tanya. Mengajar agama apa macam ni.

Inilah realiti pemikiran kebanyakkan orang hari ni. Berasa pandai daripada para Ulama kita. Mereka lebih s**a bazir masa dan buat kerja sia-sia (tahsil al-hasil) bahas isu dalil sahih daripada beramal mengikut garis panduan yang lahir daripada dalil sahih hasil rumusan para Ulama kita zaman berzaman.

Kes berasa pandai ni biasanya ada pada kebanyakkan orang yang:
1- Mengkaji agama daripada buku semata-mata.
2- Berguru dengan guru yang pemikiran dan kefahaman ilmunya berlawanan dengan pemikiran dan kefahaman jumhur Ulama kita.
3- Sengaja mencipta isu berdasarkan sangkaan jahat sehingga mencetuskan fitnah kepada para Ulama kita demi mengejar populariti, duit dan memenuhi agenda jahat musuh Ulama kita.

Hakikatnya mereka ini membawa pemikiran yang salah lagi jumud sehingga memberi kesan kerosakkan yang besar dalam masyarakat kerana sikap mereka yang ektrem serta tidak mengutamakan disiplin ilmu yang telah digubal oleh para Ulama Ahli Sunnah Wa al-Jamaah khusus ilmu Fardhu 'Ain (Tauhid, Fekah dan Tasawuf) dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mereka ini lebih s**a menuding jari
menyalahkan orang lain daripada salahkan diri
sendiri.

Akhirnya, lagi banyak mereka menyalahkan orang lain, lagi banyak kebenaran dizahirkan kepada orang yang mereka kritik dan salahkan itu.

Melihat kepada situasi ini, kami mengambil tanggungjawab dalam mengurus kelas pengajian talaqqi kitab turath warisan Ulama kita dengan harapan memudahkan kefahaman masyarakat khususnya asatizah, kakitangan dan ajk masjid serta surau, ahli akademik, profesional, kakitangan kerajaan dan swasta serta pelajar universiti.

Dijemput semua sertai kelas PERCUMA pengajian ilmu agama warisan Ulama kita dengan klik link ini https://bit.ly/3iARiaH, mudah-mudahan kita semua diberi kefahaman yang benar serta sentiasa berada dalam rahmat Allah Ta'ala asbab kita mengikut disiplin ilmu, kefahaman dan amalan warisan Ulama kita yang telah banyak berjasa kepada pembinaan kehidupan beragama generasi umat Islam di Malaysia insya Allah.

Nota:
Untuk pengajian hari Jumaat ini sila rujuk poster dilampirkan.

Terima kasih semua yang menyokong dan membantu. Doakan kami istiqamah dan dipermudah dalam urusan pengajian talaqqi kitab turath insya Allah.

Ramai orang tak peduli ilmu Fardhu 'Ain Kami cuba usahkan supaya ramai orang peduli insya Allah.Mungkin kita salah faham...
14/06/2022

Ramai orang tak peduli ilmu Fardhu 'Ain

Kami cuba usahkan supaya ramai orang peduli insya Allah.

Mungkin kita salah faham yang ilmu Fardhu 'Ain ni hanya belajar di sekolah KAFA sahaja.

Lepas sekolah KAFA tak perlu belajar dah.

Sebenarnya ilmu Fardhu 'Ain (Tauhid, Fekah, Tasawuf dan mengaji al-Quran bertajwid) ni wajib dipelajari oleh setiap umat Islam yang dah aqil baligh sepanjang hayat mengikut tahap-tahapnya seperti yang telah dijadualkan oleh para Ulama kita zaman berzaman.

Bagi melepaskan tanggungjawab jawab ini, maka kami usahakan pengajian silabus kitab turath warisan Ulama kita untuk manfaat dan keperluan semua pihak.

Dijemput semua hadir menambah nilai ilmu Fardhu 'Ain (sila rujuk poster jadual dilampirkan).

Pengajian ini khusus membincangkan ilmu Fekah dalam perbahasan bab Munakahat yang semakin hari semakin diabaikan oleh umat Islam terutamanya para bapa sebagai ketua keluarga, para ibu sebagai pembantu ketua keluarga dan para belia sebagai generasi yang akan memimpin keluarga serta masyarakat.

Ilmu Munakahat sangat penting dalam pembangunan keluarga berlandaskan tuntutan syarak.

Tanpa ilmu ini pembangunan keluarga di kalangan umat Islam akan menghadapi pelbagai masalah yang susah untuk diselesaikan seperti mana yang kita sedang hadapi hari ini.

Kami tidak minta duit sekupang pun daripada tuan-tuan dan puan-puan.

Yang kami minta hanyalah kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dalam pengajian ini.

Tenaga pengajar yang kami angkat dalam pengajian ini bukan calang-calang orang sekalipun beliau tidak terkenal seperti selebriti.

Kami bawakan tuan-tuan guru yang ahli dan berautoriti untuk membimbing kita dalam urusan agama.

Untuk pengajian ini, tuan guru yang kami maksudkan ialah:

USTAZ WAN MUHAMMAD HAFIZ BIN WAN SALLEH

KERJAYA:
Mudir Maahad Tahfiz Futuhil Ulum (Pondok Lubok Ipoh) Jitra, Kedah

LATAR BELAKANG PENGAJIAN:
Madrasah Nurul Islam (Pondok Ayer Hitam), Kedah
Madrasah Darussaadah (Pondok T**i Besi), Kedah
Madrasah Misbahul Falah (Pondok Lanai), Kedah
Madrasah Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah (Pondok Tanjung Kapur), Kedah
Pondok Kedi, Fhatani
Maahad Darul Muhajirin, Fhatani (Pondok Baba Ismail Sepanjang)
Maahad Al-Islami As-Syafie (Pondok Gajah Teriak)

PENGALAMAN:
Tenaga Pengajar Bertauliah di Masjid dan Surau Sekitar Negeri Kedah
Tenaga Pengajar Jemputan Daurah Kitab Tauhid (Miftah Al-Murid), 27 April 2019, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

KEMPEN Jom Talaqqi

PENGAJIAN TALAQQI

KITAB TURATH (FEKAH)

إعانه الطالبين

Perbahasan Fekah: Bab Munakahat

Jumaat | 24 Jun 2022 | 8.00 Malam - 11.00 Malam

BERTEMPAT DI:
Maahad Tahfiz Futuhil Ulum (Pondok Lubok Ipoh), Jitra, Kedah Darul Aman

Link Pendaftaran: https://bit.ly/3iARiaH

ANJURAN:
Akademi Talaqqi Kitab Turath dan Maahad Tahfiz Futuhil Ulum

22/12/2020


11/11/2020

Silabus Kitab Turath ini ilmunya mahal, kitabnya murah dan berkatnya tinggi. Jom mengaji.
11/11/2020

Silabus Kitab Turath ini ilmunya mahal, kitabnya murah dan berkatnya tinggi. Jom mengaji.

Address

No 110, Jalan Saujana Perdana 19, Saujana Utama
Sungai Buluh
47000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DakwahKata posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DakwahKata:

Share