Petua Sihat Orang Dulu-Dulu

Petua Sihat Orang Dulu-Dulu Mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah berikan. Jom amalkan gaya hidup sihat

17/12/2023

LIVE GOUJO & PILES

03/11/2022
LADA HITAM BUKANLAH SEKADAR PENAMBAH PERASA.LADA hitam digunakan secara meluas dalam masakan bagi menambah keenakan dan ...
01/11/2022

LADA HITAM BUKANLAH SEKADAR PENAMBAH PERASA.

LADA hitam digunakan secara meluas dalam masakan bagi menambah keenakan dan untuk perubatan tradisional Melayu.

Ia bukan sekadar rempah biasa kerana mengandungi pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. Lada hitam mengandungi serat makanan dengan sejumlah kecil protein dan karbohidrat.

TINGGI ANTIOKSIDAN
Setiap hari anda terdedah kepada radikal bebas seperti bahan kimia, racun dan pencemar yang terdapat di persekitaran. Tanpa disedari, bahan ini boleh merosakkan sel sihat. Jika makan lada hitam yang dicampur dalam makanan, ia boleh membantu membaiki kerosakan seterusnya mengurangkan risiko barah dan penyakit lain.

MENINGKATKAN PENCERNAAN
Lada hitam membantu merangsang seluruh sistem pencernaan dari kelenjar air liur hingga usus besar termasuk jus pencernaan yang sangat penting seperti hempedu dan asid dalam membantu mencernakan makanan.

Mereka yang menghadapi masalah ulser sama ada di mulut, sistem pencernaan atau sedang menjalani diet, lada hitam adalah bahan yang boleh digunakan bagi menambah keenakan rasa pada makanan.

MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Lada hitam membantu menjadikan fungsi badan lebih baik termasuk menurunkan berat badan. Pemecahan sel lemak dibantu lapisan luar biji lada hitam dan memudahkannya diproses oleh badan. Secara tidak langsung membantu menurunkan berat badan dengan lebih mudah.

ANTIKERADANGAN
Sifat antikeradangan pada lada hitam berupaya mengurang dan menghentikan proses sel mati. Ia juga berperanan mencegah dan merawat penyakit Parkinson.

MELAWAN JANGKITAN
Lada hitam sering digunakan dalam perubatan Ayurveda bagi melawan jangkitan termasuk gigitan serangga. Rempah ini bertindak seperti serat kerana membantu menyingkirkan kolesterol berlebihan pada dinding arteri, mengurangkan risiko terkena aterosklerosis iaitu keadaan berkaitan serangan jantung dan angin ahmar.

APA YANG MENARIK TENTANG KOPI??Kopi merupakan minuman yang dicampur dengan air panas yang disediakan daripada biji kopi....
31/10/2022

APA YANG MENARIK TENTANG KOPI??

Kopi merupakan minuman yang dicampur dengan air panas yang disediakan daripada biji kopi. Kopi mampu memberi kesan perangsang kepada peminumnya disebabkan kandungan kafeinnya. Kopi terkenal sebagai minuman paling popular dan digemari oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia.

KEBAIKAN KOPI
**Kafein yang terdapat dalam kopi mampu merangsang stimulasi otak.
**Mampu mengurangkan masalah selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan anda.
**Kopi juga dipercayai mampu memberikan ransangan seksual.
**Mengurangkan keradangan dan kesan merah pada kulit.
**Kajian menunjukkan kopi mampu merawat dan mengelakkan diabetes.
**Kandungan kafein kopi dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit.
**Serbuk kopi bertindak sebagai lulur yang bukan sahaja dapat membersihkan kulit, tetapi dapat menjadikannya lembut dan kembali sihat.
**Kajian lain menunjukkan pengambilan kopi dapat mengurangkan risiko serangn angin ahmar dan memberi kesan perlindungan terhadap penyakit Alzheimer.
**Antioksidan yang dimiliki kopi berfungsi seperti perisai tubuh daripada radikal bebas.
**Kopi mampu mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

Kredit to : Wom.my

Asalnya nak beli untuk hilangkan angin dan lenguh2 ja, tp bila dah cuba terus repeat order untuk satu family. Memang pua...
27/10/2022

Asalnya nak beli untuk hilangkan angin dan lenguh2 ja, tp bila dah cuba terus repeat order untuk satu family. Memang puas hati sangat-sangat.

Gabungan 5 bahan terbaik
- Minyak Cengkih
- Minyak Limau Purut
- Minyak Serai
- Minyak Akar Halia
- Minyak Kulit Kayu Manis

KELEBIHAN HERVBS SOAP
- Membuang angin & Lenguh-lenguh
- Menyembuhkan luka kulit
- Melegakan Gatal-gatal
- Mencegah Jangkitan Kulat pada kulit
- Menyegarkan
- Mengurangkan Rasa Sengal

100% BAHAN TRADISIONAL

MENDAPAT KELULUSAN KKM ( NOT 220404077K)

COD DISEDIAKAN

FREE PENGHANTARAN.

TEKAN LINK DIBAWAH UNTUK ORDER
https://linktr.ee/naksabunhervbs

ADA APA DENGAN PISANG? Khasiat Buah Pisang Dan Manfaatnya Kepada Tubuh BadanPisang merupakan buah yang yang mudah sangat...
27/10/2022

ADA APA DENGAN PISANG?

Khasiat Buah Pisang Dan Manfaatnya Kepada Tubuh Badan
Pisang merupakan buah yang yang mudah sangat nak dapat kat malaysia nie.

Pisang antara buah yang Kak Ya jarang makan sebab kurang s**a๐Ÿ˜Tapi sekarang dah mula s**a, sedapp rupa nye pisang nie.
Jom kita tengok antara manfaat pisang, banyak sebenarnye tapi kak ya share 8 je dulu ye.

1.Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal.

Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana.

Oleh itu, pisang sangatt digalakan untu untuk menjaga kesihatan jantung.

2. Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh.
Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

3. Menurunkan Berat Badan
Berita baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, pisang adalah jawapannya. Kalori yang rendah menyebakan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.

4. Mengubati Jerawat
Cara-cara untuk mengubati jerawat dengan menggunakan pisang ialah hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat.

Biarkan selama beberapa minit dan biersihkan menggunakan air. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.

5. Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal.

Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana.

Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.

6. Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh.
Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

7. Mengubati Jerawat
Cara-cara untuk mengubati jerawat dengan menggunakan pisang ialah hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat.

Biarkan selama beberapa minit dan biersihkan menggunakan air. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.

8. Meningkatkan Mood
Memakan sejumlah buah pisang bermanfaat untuk membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan kurang tekanan.

Best kan manfaat pisang, lepas nie boleh makan hari hari dan masuk kan dalam menu๐Ÿ˜Š

Info sihat daripada Kak Ya Leha Yusuf

Assalamualaikum, selamat pagi . Salam menjemput rezeki. ๐Ÿ™‚
27/10/2022

Assalamualaikum, selamat pagi . Salam menjemput rezeki. ๐Ÿ™‚

Morning ๐Ÿ™‚
26/10/2022

Morning ๐Ÿ™‚

TAHUKAH ANDA BAHAWA BUAH TIN MAMPU MERAWAT BUASIR Buah Tin atau nama saintifiknya Ficus Carica telah banyak digunakan da...
25/10/2022

TAHUKAH ANDA BAHAWA BUAH TIN MAMPU MERAWAT BUASIR

Buah Tin atau nama saintifiknya Ficus Carica telah banyak digunakan dalam merawat masalah kesihatan seperti masalah pernafasan, keradangan, dan juga penghadaman.

Kajian ๐Ÿ“„ dari penyelidik Farmasi Falkulti UKM juga telah menunjukkan bahawa kandungan nutrien dan serat yang tinggi dalam buah ini mampu untuk mengubati masalah sembelit dan cirit-birit yang menjadi punca utama berlakunya buasir.

Jom baca lgi info menarik di pilestheraphy.com

Semoga kita semua dimurahkan rezeki
25/10/2022

Semoga kita semua dimurahkan rezeki

Pernah tak anda dengar tentang buasir?Sakit buasir tapi tak tahu apa punca sebenar terjadinya buasir ๐Ÿค”Antara punca utama...
24/10/2022

Pernah tak anda dengar tentang buasir?

Sakit buasir tapi tak tahu apa punca sebenar terjadinya buasir ๐Ÿค”

Antara punca utama berlakunya penyakit buasir ini ialah disebabkan masalah sembelit.

Sembelit ini boleh terjadi kerana gaya pemakanan yang tidak sihat. Diet yang tidak menentu dan kurang pengambilan sayuran atau serat akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan di dalam badan.

Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah ketika membuang air besar ๐Ÿ˜ฎ.
Proses meneran semasa membuang air besar akan memberikan tekanan yang tinggi kepada saluran darah di bahagian dubur. Penambahan tekanan ini kepada saluran darah di dubur akan menyebabkan terjadinya masalah buasir

nak tahu lebih lanjut tentang buasir boleh baca disini pilestheraphy.com

Address

No. 22, Jalan Palma Aman 2, Taman Palma Aman
Sungai Petani
08100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Petua Sihat Orang Dulu-Dulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Petua Sihat Orang Dulu-Dulu:

Share