18/01/2020
7 SEBAB BERNIAGA ONLINE MENJADI PILIHAN
1. PENDAPATAN TAMBAHAN
Perniagaan adalah salah satu pilihan yang baik kerana ia boleh dilakukan secara sambilan. Mempunyai masa yang terluang adalah satu pembaziran. So ada antaranya yang mengisi masa lapang menggunakan perniagaan online bagi mendapatkan pendapatan tambahan.
2. FLEKSIBLE DARI SEGI MASA
Tidak mempunyai masa tertentu macam kerja Office Hour 8am-5pm. Dengan sekurang-kurangnya smartphone & internet anda dah mampu mempunyai 1 perniagaan online anda sendiri. Anda juga boleh lakukan dimana-mana sahaja asalkan mempunyai Line Internet yang cukup kuat. Balik kampung pun boleh.
3. KOS RENDAH
Mulakan peniagaan anda dengan kos yang sangat rendah. Anda mungkin perlu membeli website anda sendiri. Yang bestnya Facebook FREE, Instagram FREE Youtube juga FREE dan macam-macam platform lain lagi. Anda hanya memerlukan ilmu sahaja.
4. MUDAH UNTUK DIMULAKAN
Yes. Berbeza dengan perniagaan konvensional yang lain. Anda memerlukan Premis, Stock, Pekerja, Renovetion kedai dan macam-macam lagi. Jika kurang pengalaman anda mungkin akan kerugian besar. Tetapi dengan perniagaan online hanya perlukan kemahuan anda dan kebanyakan info kita boleh dapat melalui Google, Facebook dan Youtube.
5. KEBEBASAN MEMBUAT PILIHAN
Adakah ianya terlewat sekiranya kita ingin mulakan perniagaan? Jawapannya tentulah tidak. Menurut Wall Street Journal, mereka yang memulakan perniagaan berumur 39 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian berjaya dalam perniagaan 5 kali ganda lebih berbanding dengan mereka di bawah umur 30-an.
Ramai antara kita mempunyai matlamat dan niat untuk mulakan perniagaan tetapi, merasakan ianya terlewat oleh kerana umur. Perniagaan internet membolehkan anda bebas membuat pilihan. Anda boleh memulakan perniagaan yang anda idamkan pada bila-bila masa sahaja. Pilihannya di tangan anda. Sama ada anda mahu ataupun tidak.
6. PANTAS MENDAPAT KEUNTUNGAN
Dibandingkan dengan mempunyai kedai, ianya lebih pantas menjana keuntungan melalui perniagaan internet. Oleh kerana kos memulakan perniagaan internet adalah rendah, tambahan kos overhead perniagaan Internet juga rendah, untuk menjana keuntungan, ianya lebih mudah dan pantas.
Bandingkan sekiranya kos memulakan perniagaan adalah RM30,000 berbanding dengan kos memulakan perniagaan online yang boleh bermula pada RM300. Yang mana satu anda dapat cover cost anda dengan lebih pantas?
7. TIDAK PERLU JUMPA PELANGGAN
Bagi saya, satu ketika dulu, ini adalah satu kebaikan. Sebabnya adalah, saya seorang yang sangat pemalu. Malu untuk menjual, malu untuk berjumpa pelanggan, sehingga malu nak sebut harga barang yang dijual pun ada!
Sekiranya anda seperti saya satu ketika dulu, maka perniagaan internet adalah terbaik untuk anda!
Semoga post saya ini bermanfaat untuk anda.. Jika anda mencari 1 platform perniagaan online yang Modal rendah & risiko sangat rendah cuma memerlukan kerajinan dan cara yang betul,