Muslim Aziz

Muslim Aziz Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Muslim Aziz, Advertising agency, Tanjung Malim.

27/02/2023

“Abg ada 100 ringgit tak, pinjam dulu”

Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin atm kat tempat kerja rosak, malas nak g bank cucuk duit.

Saya kata ok la. Pegi la ambil dalam dompet. Ambil berapa pun boleh.

Kebetulan saya baru je cucuk duit juga. Ada la dalam dompet tu 235.80 baki lepas dah settle bayar bil semua.

Bila nampak ada 200+ tu pun isteri teringat sesuatu.

“Abg pinjam 200 boleh, baru teringat ada nak bayar cod barang hari ni”

Saya kata ok je. Ambil la.

“Terima kasih abg”, sambil tersenyum

Bahagia sangat nampaknya. Dapat 200 ringgit macam dapat 200,000.

Rasa macam di permainkan p**a.

Dia bukan malas nak g bank sebenarnya ni, dia nak duit dari saya je untuk buat dia rasa bahagia.

Patut la, bukan sekali ni tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama.

Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ni ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah.

Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buat la akal macam tu. Umpama ambil dari duit dompet saya tu macam dapat hadiah la.

Sejak dari itu sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit tu memang khas saya sediakan untuk di pinjam oleh isteri.

Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri.

Pinjam 200, dapat balik 2000 memang untung sangat la. Rezeki datang tanpa di tagih.

Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia.

Wallahu A’lam,

Ambil la banyak banyak pun tak apa duit suami duit isteri juga.

Kredit : Mohd Fhais

02/11/2022

Jangan ambil ringan gaya penampilan diri wahai lelaki sekalian!

14/08/2022

Saya perasan sangat. Dekat mana-mana kereta mewah orang Dubai mesti mereka tampal sticker MASYA-ALLAH. Antara usaha untuk elak ain. Betapa mereka takut jika mata-mata manusia kagum dengan kekayaan yang mereka ada.

Di Malaysia saya perasan ramai yang letak kalimah syahadah di cermin belakang kereta. Ini juga satu usaha yang baik.

Sebenarnya ramai jutawan-jutawan di malaysia atau disini yang tidak mempamirkan kekayaan mereka di media sosial walaupun ada 3 biji kereta Ferrari di rumah dan mempunyi banyak perniagaan yang berjaya.

Sehinggakan saya dapat tahu Founder kilang perfume di dubai ini mempunyai private jet dan sentiasa berulang aling ke US dan seluruh dunia untuk lebarkan perniagaan mereka.

Setakat dalam carian saya, tidak jumpa lagi gambar beliau bersama jet di instagram mahu pun facebook buat video murahan joget sana sini untuk jadi femes atau dengan caption
“nak berjaya nak jadi jutawan jangan tinggal solat dhuha, taat ibubapa, jangan tinggal sedekah pagi”.

Di Malaysia masih ramai mulakan perniagaan dengan sanggup menjatuhkan maruah sendiri. Sanggup dedah aurat, sanggup joget di depan camera untuk dapatkan followers. Sanggup jadikan Agama sebagai contents.

Kena kecam tak kisah sebab cara ini mereka akan dapat pelanggan lebih ramai. Selepas itu buat video permohonan maaf menangis depan camera dan akhirnya lancarkan produk baru.

Cukup-cukuplah kita follow dan jadikan orang begini sebagai inspirasi dalam dunia perniagaan dan buanglah budaya nak kembangkan perniagaan kena pamer segala kekayaan yang kita ada sehinggakan tempat tidur pun nak kena tunjuk kepada dunia luar yang kita ada tempat tidur yang mewah.

Ingatan bersama supaya kita tak lalai.

-EncikMatt-

Sumber : Muhammad Hassan

05/04/2022

Sedikit perkongsian kisah mengenai Hassan Al Basri yang merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki.

Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan:

“Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan:

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot.

Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :

Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.

Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang p**a, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si abang:

Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang.

Semua bayar tunai.

Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai.

Malam baru saya p**ang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

Apa yang kitab oleh pelajari dari kisah ini?

Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza.

Jadi, belajar lah dari guru, banyakkan membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt sentiasa berikan taufik dan hidayah.

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat.

Dapat sesuatu dari perkongsian ini?




02/04/2022
Duit KWSP memang duit tabungan kita.BersyukurlahTapi sebenarnya, dalam RM10K tu,lebih dari SEPARUH adalah "hadiah" darip...
17/03/2022

Duit KWSP memang duit tabungan kita.

Bersyukurlah

Tapi sebenarnya, dalam RM10K tu,lebih dari SEPARUH adalah "hadiah" daripada majikan tempat kerja kita (alaaa majikan yang selalu kena kecam dek golongan pekerja tu lahhh).

Ini kerana, daripada jumlah caruman bulanan KWSP, hanya maksima 12% dari jumlah gaji anda sahaja yang masuk ke tabungan KWSP, manakala majikan perlu tambah lagi 13% (TIDAK DITOLAK DARI GAJI YE, ianya adalah penambahan).

Jadi, secara asasnya, dalam 10k tu, lebih dari RM5k adalah "sumbangan" caruman tambahan daripada Majikan.

Duit anda sebenarnya hanya 4k+ sahaja yang ditolak dari upah.

Bersyukur.

Hargailah majikan anda juga.

Kredit to : Nash, Just Saying

Address

Tanjung Malim
40170,

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60145217001

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslim Aziz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share