30/08/2017
TEMPAHAN CETAK BAJU SUPER MURAH SERENDAH RM8!!!
Ramai customer yang nak tempah baju tapi bajet rendah. Jadi hari ni kami kongsikan Tips Untuk Mendapatkan Harga Baju Siap Cetak dengan Harga Termurah. Di sini kami cuba terangkan dengan sebaik mungkin cara untuk meminimumkan harga baju tempahan anda.
----------------------------------------------------------------------------------------------
AMARAN!!! : Posting ini mengandungi 380 patah perkataan. Kalau malas nak baca, boleh klik link ini :-
http://bit.ly/2glYFoY
kami dah lukis sebagai ringkasan kepada posting ni..
----------------------------------------------------------------------------------------------
1. WARNA PADA CETAKAN
Warna pada cetakan tu maksudnya, berapa warna yang digunakan untuk dicetak pada baju. Apa kaitannya pulak? Sebabnya.. jumlah warna cetakan tu bersamaan dengan jumlah blok yang kami gunakan untuk siapkan sesuatu cetakan tu. Sebagai contoh, kalau nak cetak bendera Malaysia(4 warna), kami kena sediakan 4 blok. Jadi, lagi banyak warna, lagi banyak la kami kena gunakan blok, sekaligus lagi tinggi la kos untuk siapkan sesuatu tempahan. Pendek kata, lagi sikit warna yang nak dicetak, lagi kurang kos kami sekaligus lagi murah la harga baju yang anda tempah.
2. SAIZ
Size yang dimaksudkan kat sini bukan size baju, tapi size cetakan pada baju. Kebiasaannya kami terima tempahan dari sekecil size kertas A4 hinggalah sebesar size A1. Lagi kecil size cetakan, lagi murah la harga baju yang ditempah.
3. MINIMUM KUANTITI?
Ini adalah faktor paling berpengaruh kalau nak dapatkan harga murah. Lagi banyak kuantiti setiap tempahan, lagi murah kami bagi. Jadi kalau nak buat tempahan, kumpul la tempahan sebanyak yang boleh. Berapa minimum kuantiti untuk tempah? Sebenarnya takde minimum kuantiti untuk tempah dengan kami, asalkan ada persetujuan hasil perbincangan tentang design dan harga.
4.TEMPAT YANG INGIN DICETAK PADA BAJU (spot)
Kebiasaanya, kami boleh cetak di mana-mana bahagian baju asalkan bukan atas bahagian sambungan jahitan. Bahagian dada, belikat serta lengan kiri dan kanan adalah spot yang biasa kami cetak. Kalau nak harga baju murah, kurangkan jumlah tempat yang ingin dicetak pada sesuatu baju.
5.JENIS BAJU
Harga baju adalah berbeza bergantung kepada jenisnya seperti Kemeja-T kolar bulat (roundneck), Kemeja-T berkolar, Muslimah dan lain-lain. Material yang digunakan seperti 100% cotton, Tetra Cotton atau polyster juga mempengaruhi harga sesuatu baju. Untuk makluman, baju paling murah adalah T-Shirt roundneck 100% cotton. Walaupun harganya paling murah, tapi selesa dipakai dengan kualiti yang dijamin puas hati.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ni. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, nak tempah baju atau nak tau berapa harga termurah yang anda boleh dapat untuk design baju anda, sila klik link whatsapp :-
http://altera.wasap.my
atau call/whatsapp 011 6051 5114
MOHON LIKE & SHARE PAGE KAMI UNTUK INFO TERKINI PADA MASA AKAN DATANG. TQ