21/09/2026
🤲 MOHON BANTUAN & SUMBANGAN DARIPADA KOMUNITI MISI TAWAU 🤲
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga Misi Tawau.
Dengan rendah hati, saya ingin memohon sedikit bantuan dan sumbangan daripada keluarga besar komuniti Misi Tawau, khususnya para rider dan vendor.
Salah seorang daripada kita, Saudara Hasrul / Abg Gendut (RO HASRUL@ABGGENDUT), yang merupakan Rider Official Misi dan juga admin yang banyak membantu menguruskan bahagian rider Misi Tawau, telah mengalami kemalangan jalan raya pada:
📅 13 September 2026 (Ahad)
⏰ 7.33 malam
📍 Depan simpang Taman Kuhara Jaya, Tawau
Ketika kejadian, beliau sedang dalam perjalanan dari arah utara menuju ke Taman Kuhara Indah untuk membuat drop seterusnya. Ketika menerima order, beliau membuka telefon untuk beberapa saat bagi menerima order. Tidak lama kemudian, sebuah kereta berhenti secara tiba-tiba untuk masuk ke Taman Kuhara Jaya.
Disebabkan jarak yang terlalu dekat, beliau tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian belakang kenderaan tersebut.
Beliau kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan mengalami koyak tisu di bahagian dada sebelah kiri serta beberapa kecederaan ringan.
Dalam keadaan ini, beliau bukan sahaja perlu menanggung kos rawatan dan keperluan harian, tetapi turut berdepan kos kerosakan motosikal sekitar RM1,600 serta kerugian lain yang dianggarkan sekitar RM1,500.
💔 Kita mungkin tidak mampu membantu dalam jumlah yang besar, tetapi sedikit daripada kita mungkin sangat besar maknanya buat beliau.
Saudara Hasrul merupakan antara individu yang banyak membantu komuniti rider Misi Tawau. Kali ini, mungkin giliran kita p**a untuk bersama-sama membantu salah seorang daripada keluarga kita sendiri.
Jika ada yang berkelapangan dan ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah disalurkan ke:
Nama: MOHD AZWAN BIN HASMIN
Bank: MYBANK
No. Akaun: 160037369493
📲 QR juga disediakan untuk memudahkan sumbangan.
Tidak kira RM5, RM10, RM20 atau berapa sahaja yang kita mampu. Yang penting ialah keikhlasan dan tanda kita mengambil berat terhadap saudara kita.
Semoga dengan sedikit bantuan daripada komuniti Misi ini, dapat meringankan beban beliau sepanjang tempoh pemulihan dan membantu beliau membaiki motosikal untuk kembali menjalankan tanggungjawab seperti biasa.
🤲 Sama-sama kita doakan Saudara Hasrul diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan digantikan segala kesusahan dengan rezeki yang lebih luas.
“Hari ini mungkin dia yang memerlukan bantuan kita. Esok lusa, mungkin giliran kita p**a.”
Terima kasih kepada semua warga Misi yang sudi membantu. Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal dan mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT. 🤲❤️
Yang benar,
Sonn
Pengerusi Misi Tawau