14/07/2023
Juliusih Madakol terpaksa meminjam RM120 daripada beberapa orang kampungnya semata-mata mahu menghadiri majlis pengumuman STPM anaknya, Arnie yang merupakan satu-satunya pelajar berjaya memperoleh CGPA 4.0 di SMK Tun Fuad Stephens.
🔶“Saya tiada pilihan selain meminjam daripada beberapa orang kampung untuk pastikan kami berada di sana. Ia majlis yang gembira” katanya.
🔶“Saya hanya ada motorsikal dan proton saga dari era Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri pada tahun 1990an”
🔶“Paling jauh dia boleh pergi hanya di Pekan Tamparuli” tambahnya.
🔷Juliusih yang berasal dari Sinansag Kiulu, Tamparuli mendapat pendapatan sekitar RM200 dan 300 sebulan. Wang pinjaman digunakan untuk tambang teksi pergi dan balik.
🔷Ketika ditemui di majlis yang diadakan di Kota Kinabalu, raut wajah kedua pasangan suami isteri yang bangga atas kejayaan STPM anak mereka menceritakan segalanya.
🔷Tahniah Arnie dari kami seluruh rakyat Sabah. Semoga berjaya mencapai cita-citamu menjadi seorang cikgu dan menjadi inspirasi kepada semua anak-anak Sabah yang lain.