12/23/2024
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.13 mata kepada 1,594.54 daripada 1,591.41 pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran memulakan hari dengan naik 2.69 mata kepada 1,594.10.