25/08/2026
Gaji RM5,000 Pun Masih Kata “Tak Cukup”?
Ramai orang fikir “Bila gaji dah RM5,000, hidup mesti dah selesa.”
Tapi realitinya, jumlah gaji bukan satu-satunya faktor yang menentukan kewangan seseorang. Kenapa?
Sebab semakin meningkat pendapatan, kadang-kadang semakin banyak juga komitmen yang datang. Rumah, Kereta, Pinjaman peribadi, Kad kredit & Perbelanjaan keluarga.
Akhirnya, Gaji yang besar tetap akan nampak kecil,
Sebab itu ada orang bergaji RM3,000 boleh urus kewangan dengan baik dan ada juga yang bergaji RM5,000 masih rasa tertekan setiap bulan.
Masalah kewangan bukan hanya tentang berapa banyak duit masuk.
Tetapi bagaimana duit tersebut diurus dan berapa banyak komitmen yang perlu ditanggung.
Langkah pertama untuk kewangan yang lebih sihat ialah:
✅ Faham ke mana duit pergi
✅ Semak jumlah komitmen bulanan
✅ Susun semula kewangan mengikut kemampuan
Kadang-kadang bukan perlu cari lebih banyak duit sahaja…
Tetapi perlu pastikan duit yang ada diurus dengan lebih bijak.