KAF Seri Cempaka Jengka 2

  • Home
  • KAF Seri Cempaka Jengka 2

KAF Seri Cempaka Jengka 2 Pertubuhan Kami Anak Felda

02/05/2026

Sambutan Hari Raya & Kenduri Sekampung 2026 🤍

Alhamdulillah, meriah dengan gelak tawa, juadah penuh meja, dan ukhuwah yang makin erat. Terima kasih semua yang hadir memeriahkan suasana—memang terasa macam satu keluarga besar!

Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki kita semua, supaya dapat bertemu lagi di bulan Ramadhan dan menyambut Syawal 2027 bersama-sama, In sha Allah.

Mana tahu, tahun depan kita buat lagi lebih meriah… kenduri sekampung, penuh kasih sayang dan kenangan indah 🤲✨

Tempahan Baju 55 Tahun FELDA Jengka 2 Kini Dibuka! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan baju edisi khas sempena ula...
20/02/2026

Tempahan Baju 55 Tahun FELDA Jengka 2 Kini Dibuka!
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan baju edisi khas sempena ulang tahun ke-55 FELDA JENGKA 2
Klik link Google Form di bawah untuk buat tempahan sekarang:

https://forms.gle/zUa2rJzTdzC2Eabj6

Jom sama-sama kita raikan! 🙌

🔔 PENGUMUMAN RASMIJAMUAN RAYA & SAMBUTAN 55 TAHUN FELDA JENGKA 2Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sej...
20/02/2026

🔔 PENGUMUMAN RASMI
JAMUAN RAYA & SAMBUTAN 55 TAHUN FELDA JENGKA 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Dengan penuh rasa syukur dan hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan 55 Tahun FELDA Jengka 2 akan diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap sejarah perjuangan serta legasi pembangunan tanah rancangan ini.

Penganjuran program ini adalah bagi memeriahkan sambutan 55 tahun FELDA Jengka 2 serta menggalakkan kehadiran dan penglibatan semua warga komuniti agar semangat kebersamaan, perpaduan dan silaturahim terus diperkukuh.

Sehubungan itu, pihak penganjur amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas secara sukarela daripada warga FELDA Jengka 2 dan para penyumbang yang berhasrat menyokong kelancaran majlis ini. Sumbangan adalah tanpa sebarang paksaan dan bergantung sepenuhnya kepada keikhlasan serta kemampuan masing-masing.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia (KAF)
Bank Rakyat
No. Akaun: 11-0225576-2

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi:

Pengurus
MUHAMAD SHAHRIL
📞 011-4055 5805

Pengerusi JPKK
MOHD RAMLI @ Tokpat Kojek
📞 011-1782 0758

Semoga segala sumbangan yang dihulurkan menjadi amal kebajikan dan menyumbang kepada kejayaan majlis yang bersejarah ini.

Sekian, terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak.

06/01/2026

Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Majlis Penutup Program Riang Ria Akhir Tahun KAF 2025. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana program yang bermula seawal jam 9.30 pagi ini telah berlangsung dengan penuh meriah dan berakhir tepat jam 12.00 tengah malam, dipenuhi pelbagai aktiviti yang menceriakan dan mengeratkan silaturahim.
Setulus penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli KAF yang telah berganding bahu, bertungkus-lumus dan memberikan komitmen sepenuhnya demi menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada penduduk Felda Jengka 2 yang sangat sporting serta sudi melibatkan diri dalam setiap acara yang dianjurkan. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama kita semua — yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.
Besar harapan kami agar penganjuran program seperti ini dapat terus mengeratkan ukhwah, memupuk semangat hidup bermasyarakat, serta memperkukuhkan hubungan sesama komuniti. Semoga segala kenangan indah yang tercipta akan kekal terpahat dalam ingatan dan menjadi memori berharga untuk kita semua.
Akhir kata, semoga KAF Felda Jengka 2 terus maju dan kekal sebagai sebuah pertubuhan yang aktif, progresif serta menjadi contoh terbaik kepada badan-badan yang lain.

✨ PROGRAM RIANG RIA AKHIR TAHUN KAF 2025 ✨Anjuran Pertubuhan Kami Anak Felda Jengka 2Jom sama-sama kita meriahkan penghu...
11/12/2025

✨ PROGRAM RIANG RIA AKHIR TAHUN KAF 2025 ✨
Anjuran Pertubuhan Kami Anak Felda Jengka 2

Jom sama-sama kita meriahkan penghujung tahun! 🎊
Ajak keluarga & rakan-rakan, pasti lebih seronok! 😄🌈

📅 Rabu | 31 Disember 2025
⏰ 10.00 pagi – 6.00 petang
📍 Dewan Belia & KAF

🌟 Aktiviti Menarik Menanti Anda! 🌟

🎯 Pertandingan Dart
🎨 Pertandingan Mewarna
⚽ Timbang Bola Takraw
🏐 Shoot Bola Netball
🪑 Pertandingan Carrom
🪘 Pertandingan Congkak
🎉 Supadoppa & pelbagai lagi aktiviti best!

🎁 Hadiah menarik untuk para pemenang!

✨ Penyertaan terbuka untuk penduduk Jengka 2 sahaja.
Jom kita raikan penutup tahun 2025 dengan penuh ceria dan kebersamaan! 🥳🤝



⸻✨ JOM SERTAI FUN RUN KAF HOTLINK 2025! ✨🏃‍♂️ Ayuh bersama berlari penuh semangat dalam FUN RUN KAF HOTLINK!📅 Tarikh: 13...
11/12/2025



✨ JOM SERTAI FUN RUN KAF HOTLINK 2025! ✨
🏃‍♂️ Ayuh bersama berlari penuh semangat dalam FUN RUN KAF HOTLINK!
📅 Tarikh: 13 Disember 2025
📍 Lokasi: Perkarangan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka
🕖 Masa: Bermula jam 7.00 pagi
💰 Yuran Penyertaan: RM40.00 sahaja. anda akan memperolehi *Baju, Medal, Simkad Hotlink dan Bag (bagi yang mendaftar sebelum 25 Novermber 2025)

🗝️Tarikh Tutup Penyertaan : *01 Disember 2025 (Isnin)*

🎽 Sertai kami untuk pengalaman larian santai yang penuh keseronokan, cabutan bertuah, dan pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

🔥 Anjuran KAF Malaysia Hotlink dengan kerajasama Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur — _*Geng Bijak Berbajet*_- Berlari, Beramal & Bergembira Bersama!

Sebarang Pertanyaan : *Mohd Yusof Hussin (013 912 6605)*

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAF Seri Cempaka Jengka 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Advertising & Marketing Company?

Share