20/03/2026
🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Di saat takbir bergema…
tanda kemenangan bagi jiwa yang berjaya menundukkan nafsu,
menusuk ke dalam qalbu yang paling sunyi…
kita mula menyedari.. bahawa perjalanan Ramadhan ini bukan sekadar ibadah zahiriah…
tetapi perjalanan kembali mengenal Tuhan…
perjalanan mengikat diri dengan Allah SWT…
mengutip semula serpihan hati yang pernah jauh…
lalu dihimpunkan dalam sujud yang panjang…
dalam tangis rindu… dan syukur yang mendalam…
Hari Raya ini bukan sekadar pada pakaian yang serba baru…
tetapi pada hati yang dibersihkan…
yang mampu memaafkan tanpa syarat…
yang kembali lembut…
yang kembali hidup dengan zikrullah…
dan kembali rindu kepada Baginda Rasulullah ﷺ…
Jika sepanjang langkah kita bersama…
ada khilaf yang tidak terungkap…
ada kata yang terlepas tanpa sedar…
ada sikap yang mengguris tanpa niat…
maka di hari yang penuh rahmat ini…
kami tundukkan hati…
memohon ampun dan maaf setulusnya…
Semoga Aidilfitri ini menjadi titik bangkit…
bukan sekadar hari kemenangan…
tetapi permulaan perjalanan yang lebih dekat dengan Allah SWT…
lebih tenggelam dalam mahabbah Nabi ﷺ…
dan lebih teguh dalam saf perjuangan menuju redha-Nya…
Daripada:
Ust Hakim Almustafa & Family
serta
Keluarga Besar Nur Almustafa Malaysia
Taqabbalallahu minna wa minkum…
wa ja‘alana min ahlil mahabbah wal wusul…
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin 🤍
21 Mac 2026 | 1 Syawal 1447H