16/11/2015
Hidup tidak akan berubah hanya dengan mengeluh. Kos sara hidup yang semakin tinggi dengan kadar peningkatan pendapatan yang terlalu kecil atau hampir tiada bagi kebanyakkan orang menyebabkan ramai orang tertekan dengan bebanan hidup.
Tapi apa yang kita dapat lakukan untuk mengubahnya?
Mohd Zaidil Adha Bin Mat Hussin pernah berhadapan dengan situasi yang paling s**ar dalam hidupnya. Beliau yang dahulunya bekerja sebagai kerani di Kuala Lumpur terpaksa akur dengan tuntutan kos sara hidup yang tinggi.
Lantaran itu, beliau dan isterinya mengambil keputusan untuk berniaga bagi menambah pendapatan. Pelbagai bidang perniagaan telah mereka ceburi. Zaidil sendiri pernah menjual barangan kitar semula sementara isterinya berniaga kuih muih, kain pasang dan macam-macam lagi.
Sehingga suatu hari beliau ditawarkan untuk menjual barangan elektronik. Peluang keemasan tersebut diterima oleh Zaidil yang kononnya bersikap hero walaupun ilmu bisnes zero. Tanpa ilmu perniagaan yang betul, beliau ditipu sehingga ratusan ribu ringgit.
Akibatnya, keadaan kewangan mereka sekeluarga amat parah dan sangat tertekan sehinggakan beliau putus semangat untuk meneruskan hidup. "Mana nak cari duit susu anak, duit sewa rumah, kereta hampir ditarik, bayaran bil utiliti, kad kredit dan pinjaman peribadi? Panggilan bank memang menghantui hidup saya," ujarnya.
Nekad untuk mengubah kehidupan, Zaidil berpindah ke Merlimau, Melaka pada tahun 2008 untuk memulakan hidup baru. Beliau mula mencari ilmu berniaga sehingga suatu hari beliau terlihat iklan Dr Azizan Osman di billboard, televisyen dan suratkhabar. Saat hatinya mencari-cari seorang mentor, beliau ditemukan dengan Dr Azizan Osman dan beliau mula hadir ke program asas anjuran Dr Azizan.
Dalam program tersebut, walaupun hanya beberapa jam mendengar penyampaian Dr Azizan, kata-kata mentor melekat di kepala dan meresap di hati Zaidil dan isteri sehingga beliau mendaftar untuk menghadiri program selanjutnya.
Kini, Zaidil telah menghadiri semua program lanjutan Dr Azizan dan menurutnya ilmu yang dipelajari membantu beliau mengenali diri, melahirkan rasa kesyukuran, menjelaskan arah tuju hidup, meringankan tangan memberi sedekah dan memaafkan orang.
Katanya, selepas hadir ke program-program Dr Azizan, “Saya bukan sekadar MELALUI hidup tetapi saya MENIKMATI setiap saat dalam hidup ini."
Beliau kini merupakan Pengurus dan Pemilik Intwonet Enterprise atau lebih dikenali dengan nama BUSANA MUSLIMAH ANGGUN yang menjual baju t-shirt muslimah yang patuh syariah. Perniagaan beliau kini semakin rancak dengan memiliki 100 agen di seluruh Malaysia di mana mereka saling bantu membantu antara satu sama lain.
Zaidil selalu ingat pesanan Dr Azizan, “Kita berniaga jangan sekadar cukup-cukup makan, kita berniaga sebab nak bagi ramai orang lain makan."
Kejayaan menamatkan pengajian dengan Dr Azizan Osman adalah memori yang paling istimewa dalam hidup pasangan suami isteri ini setelah mengharungi pelbagai dugaan, cabaran dan kegagalan demi kegagalan. Mereka sangat yakin dengan ilmu pembangunan diri dan perniagaan yang dipelajari daripada Dr Azizan Osman dan kini mereka berani melangkah dengan lebih jauh dan lebih pantas, InsyaAllah.
Jika dulu jumlah gaji mereka suami isteri hanya RM4,000 sebulan, kini hasil pendapatan perniagaan telah mencecah RM90,000 sebulan dan mereka mampu untuk berkongsi ilmu perniagaan dengan semua agen mereka.
Beliau sarankan kepada semua yang mahu memperbaiki kehidupan, mencari-cari perniagaan yang sesuai, memperbaiki dan mengembangkan perniagaan sedia ada untuk bermula dengan hadir ke Klinik Usahawan Dr Azizan Osman - Kuasai Potensi Diri, Wang & Bisnes Menjelang 2016 yang telah mula dianjurkan di 9 lokasi terpilih di seluruh semenanjung.
Menurut Zaidil lagi, “Ilmu yang diajar bukan sahaja ilmu kekayaan dan kejayaan di dunia, malah merangkumi bekalan untuk akhirat. Percayalah, ilmu yang dipelajari dari Dr Azizan Osman tidak sama seperti apa yang anda belajar di universiti. Jutaan terima kasih kepada Dr Azizan Osman kerana komited berkongsi ilmu kepada kami," katanya mengakhiri perbualan.
Dengan azam dan ilmu yang baru, ia mampu membantu anda mencapai impian dan meningkatkan ekonomi di tahun 2016. Bersyukur dengan apa yang kita ada, tapi InsyaAllah dengan peningkatan pendapatan anda mampu membantu dan memberi kepada lebih ramai insan di luar sana.
Layari sekarang www.KlinikUsahawan.com untuk mendaftar. Sekarang adalah masanya untuk anda bertindak!