Perlis Permai

Call Directions Website

Perlis Permai Berita | Info Semasa | Pelancongan

Jom Subscribe Page Perlis Permai Supaya Tidak Terlepas Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

Enjin Tersengguk-Sengguk: RON95 Disyaki Tercemar Air, Tujuh Stesen Minyak Disiasat KUALA LUMPUR:Tujuh stesen minyak di S...
18/10/2026

Enjin Tersengguk-Sengguk: RON95 Disyaki Tercemar Air, Tujuh Stesen Minyak Disiasat

KUALA LUMPUR:Tujuh stesen minyak di Selangor disiasat susulan 10 aduan rasmi pengguna berhubung dakwaan petrol RON95 dicemari air sehingga menyebabkan kerosakan enjin kenderaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, sebanyak 27 tin sampel petrol RON95 diambil dan disita daripada pam pengisian terjejas untuk analisis makmal oleh Jabatan Kimia Malaysia.

"Siasatan mendapati aduan pengguna melibatkan pelbagai simptom kerosakan enjin seperti bunyi enjin tidak normal, tersengguk-sengguk, kehilangan kuasa, enjin gagal dihidupkan serta terdapat kes injap enjin terbakar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lebih membimbangkan, pemeriksaan lanjut oleh pusat servis pengeluar kenderaan turut mengesahkan kerosakan enjin sebahagian kenderaan pengadu berpunca daripada pencemaran air dalam tangki bahan api.

Bagaimanapun, keputusan analisis makmal terhadap sampel petrol yang disita masih diperlukan bagi menentukan sama ada pencemaran berlaku pada bekalan petrol di stesen minyak terbabit.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook semalam, KPDN Selangor memaklumkan pemeriksaan mengejut dijalankan di beberapa stesen minyak sekitar Klang, Sungai Buloh, Puchong dan Shah Alam susulan aduan pengguna berhubung isu berkenaan.

Muhamad Hanif berkata, walaupun semua premis terbabit memiliki lesen yang masih sah, notis di bawah Seksyen 32 Akta Perihal Dagangan 2011 tetap dikeluarkan bagi mendapatkan dokumen dan maklumat berkaitan untuk membantu siasatan terhadap kemungkinan pelanggaran undang-undang.

Tambahnya, siasatan turut dijalankan berhubung kemungkinan pelanggaran Seksyen 5(1)(c) yang dibaca bersama Seksyen 6(1)(d) dan Seksyen 7 Akta Perihal Dagangan 2011 berkaitan dakwaan perihal dagangan palsu berhubung kandungan petrol yang dibekalkan.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Astro AWANI
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.



Program Celik Desa Platform Perkukuh Penguasaan 3M Murid Di Perlis PADANG BESAR, 17 Okt - Pelaksanaan Program Celik Desa...
18/10/2026

Program Celik Desa Platform Perkukuh Penguasaan 3M Murid Di Perlis

PADANG BESAR, 17 Okt - Pelaksanaan Program Celik Desa anjuran Pertubuhan Cinta Bangsa dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis menjadi platform memperkukuh penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid di negeri ini khususnya bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik.

Penaung pertubuhan itu Prof Adjung Dr Khairul Anam Che Mentri berkata program yang bermula Ogos lepas itu melibatkan lima sekolah di kawasan Chuping dekat sini selain komuniti Siam di negeri itu susulan maklum balas penduduk kampung mengenai keperluan membantu murid yang masih menghadapi kesukaran menguasai kemahiran asas berkenaan.

“Lima sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Keteri, SK Batu Bertangkup, SK Panggas, SK Felda Chuping dan SK Guar Nangka. Setiap lokasi melibatkan hingga 25 murid dengan keutamaan kepada murid Tahap Dua, menerusi sesi pembelajaran secara bergilir yang memfokuskan bahasa Melayu dan Matematik,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata program itu dilaksanakan hasil perbincangan dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri berdasarkan maklumat dan data yang diperoleh bagi mengenal pasti murid yang memerlukan bantuan tambahan.

Khairul Anam berkata program di sekolah kini memasuki minggu kesembilan manakala pelaksanaan dalam kalangan komuniti Siam Kampung Guar Nangka bermula sedikit lewat dan disasarkan berlangsung selama lima bulan bagi memastikan murid terus mendapat bimbingan termasuk ketika cuti sekolah.

“Pendekatan pembelajaran lebih santai dan menyeronokkan turut diterapkan bagi menarik minat murid dengan kerjasama tenaga pengajar yang sanggup meluangkan masa pada hujung minggu untuk membantu mereka,” katanya.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Perlis Mohd Nazri Baharin p**a berkata program berkenaan merupakan usaha kerjasama yang bermanfaat dalam meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi murid khususnya dalam kalangan komuniti Siam di Guar Nangka.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : BERNAMA
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

SALAM PERLIS 18 Oktober 2026 | 7 Jamadil Awal 1448H Selamat Pagi | Panorama Indah @ Perlis Kredit 📸 : Che Rosnah        ...
18/10/2026

SALAM PERLIS

18 Oktober 2026 | 7 Jamadil Awal 1448H

Selamat Pagi | Panorama Indah @ Perlis

Kredit 📸 : Che Rosnah

Perlis💛💙 Malaysia🇲🇾

Kempen Derma Darah anjuran Pusat Beli Belah The Store Kangar dengan kerjasama Tabung Darah HTF akan diadakan seperti ket...
17/10/2026

Kempen Derma Darah anjuran Pusat Beli Belah The Store Kangar dengan kerjasama Tabung Darah HTF akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📆 Ahad, 18 Oktober 2026
⏰️ 11.00 pagi - 3.00 petang
📍 Ruang Legar, The Store Kangar

Setitis darah, sejuta harapan. Ayuh bersama kami dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan 🤍

Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.




17/10/2026
Tindakan Penguatkuasaan SPRM Perlis Rekod Nilai Lucut Hak Lebih RM690,000 ARAU, 16 Okt - Tindakan penguatkuasaan Suruhan...
17/10/2026

Tindakan Penguatkuasaan SPRM Perlis Rekod Nilai Lucut Hak Lebih RM690,000

ARAU, 16 Okt - Tindakan penguatkuasaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menyumbang kepada pemulihan hasil melalui nilai lucut hak berjumlah RM698,255.55 sepanjang tempoh 2024 hingga tahun ini.

Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani berkata sepanjang tempoh itu, pihaknya turut membuka 65 kertas siasatan (KS) selain merekodkan 84 tangkapan dan 37 pertuduhan di mahkamah.

“Sebanyak 20 KS dibuka pada 2024 melibatkan 27 tangkapan dan 13 pertuduhan dengan nilai lucut hak RM323,872.55 manakala pada tahun lepas, 22 KS dibuka membabitkan 34 tangkapan dan 16 pertuduhan, dengan nilai lucut hak RM374,168.

“Setakat Januari lepas hingga kini p**a, SPRM Perlis membuka 23 KS melibatkan 23 tangkapan dan lapan pertuduhan dengan nilai lucut hak RM215,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Arau hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan perkara berkenaan dipersembahkan Mohd Nor Adha kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis perpisahan di Istana Arau di sini baru-baru ini.

Mohd Nor Adha berkata SPRM Perlis turut memberi penekanan terhadap aspek pencegahan melalui pengemukaan 61 Syor Penambahbaikan Tatakelola kepada jabatan dan badan berkanun di peringkat Persekutuan serta negeri.

“Usaha ini bertujuan memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam, meningkatkan integriti organisasi serta menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah,” katanya.

Beliau berkata komitmen dan kecemerlangan warga SPRM Perlis turut mendapat pengiktirafan menerusi beberapa anugerah antaranya Anugerah Khas Ketua Pesuruhjaya 2025 selain Anugerah Khas Ketua Pesuruhjaya 2024.

Mohd Nor Adha berkata SPRM Perlis turut meraih Anugerah Pengurusan KPI Terbaik 2025 dengan markah penilaian sebanyak 97.45 peratus, selain memperoleh tempat ketiga bagi Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik 2025.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : BERNAMA
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.



PERLIS USAHAWAN FEST 2026 (PUF2026)📆 23 – 25 Oktober 2026 (Jumaat – Ahad)⏰ 8.00 pagi – 7.00 malam📍 Dewan 2020, Kangar, P...
17/10/2026

PERLIS USAHAWAN FEST 2026 (PUF2026)

📆 23 – 25 Oktober 2026 (Jumaat – Ahad)
⏰ 8.00 pagi – 7.00 malam
📍 Dewan 2020, Kangar, Perlis

Ayuh meriahkan Perlis Usahawan Fest 2026. Program berlangsung selama tiga hari menjadi platform menghimpunkan para usahawan Negeri Perlis serta membuka ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat berkaitan bantuan, geran, pembiayaan, peluang perniagaan dan khidmat nasihat daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Bukan sekadar festival keusahawanan, PUF2026 turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Antara aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang program ini berlangsung :

✨ Jualan Usahawan
🛍️ Reruai pelbagai agensi berkaitan usahawan
🚗 Program Derma Darah
🏥 Saringan Kesihatan
🏃‍♂️ Fun Run / Fun Ride
🖍️ Pertandingan Mewarna
💃🏻Pertandingan Busana tema "Alam Semula Jadi"
🗣️ Pocket Talk
🚚 Food Truck
🎮 E-Sport Tournament
🛍️ Jualan Rahmah
🎁 Cabutan Bertuah
🎤Pocket Talk berkenaan Keusahawan

"Bagi pendaftaran pertandingan atau aktiviti yang disediakan akan dibuka dalam masa terdekat, nantikan!"

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai informasi, manfaat dan tawaran menarik yang disediakan khas untuk usahawan serta masyarakat Negeri Perlis.

Jom mai ramai-ramai ke Perlis Usahawan Fest (PUF2026)❗️

Temui peluang, sokong usahawan tempatan dan meriahkan festival keusahawanan Negeri Perlis.

Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.





17/10/2026
17/10/2026

Alhamdulillah hujan🌧 lebat di bumi Perlis. Dijangka sehingga 6.00 petang ini.

Address

Perlis

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perlis Permai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share